13 Ogos, 2011

BERSUMPAH ... lebih baik diam

1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabiIlahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).


2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu: 
i.   Membunuh. 
ii.  Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
iii. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
iv. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang 
    diharuskan syarak.
v.  Melanggar sumpah.


3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:“Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah.” (Bukhari dan Muslim).