17 November, 2012

AYAT KURSI.....fadhilatnya

 
FADHILAT AYAT KURSI

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

HIJRAH .... fizikal dan mental

Hijrah yang kita lalui ini melangkaui fizikal dan mental ....barulah kesannya menjelma dan ianya memerlukan pengorbanan dan keazaman yang tinggi untuk merubah ke arah yang lebih baik.

ZZZZZZZ .... terhenti entri blog hanya sementara

Lama sudah tidak berblog memandangkan admin terlalu sibuk dengan komitmen kerja dan masyarakat setempat. Ini kesempatan yang ada , admin akan mula berblog semula. Nantikan entri yang terbaru lagi unggul admin akan persembahkan.