25 Oktober, 2012

HAJI .... bermulanya perjuangan di Arafah

HAJI .... bermulanya perjuangan sebenar

Arafah - "Haji adalah Arafah". Demikianlah sabda Rasulullah Saw. Hari ini, Kamis, 9 Zulhijjah 1433 H, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di Arafah melakukan wukuf sebagai puncak dari pelaksanaan ibadah Haji.

Sejak pagi Khamis jutaan umat Islam mula menuju ke Padang Arafah di bahagian barat Arab Saudi. Banyak jemaah yang berkemah sejak malam di dataran luas mengelilingi Gunung Arafah, namun sebahagian besar mula tiba saat fajar.

Lelaki, wanita, dan anak-anak dari 189 negara menuju ke Arafah, mereka turut mendirikan khemah-khemah kecil berwarna-warni sebagai tempat mereka tidur dan berdoa.

WUKUF DI ARAFAH ..... ketahanan fizikal & mental jadi taruhan

Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau llu sahaja dengan syarat orangnya sedar - sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah - menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah menruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.

KEHIDUPAN DI AKHIRAT .... mohon yang baik-baik

             Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.
             Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

OH...ANAKKU !!! Jadilah anak yang baik

OH...ANAKKU !!! ..... Ya Allah lindungilah dia

          Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
              Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya. Maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibu bapa terhadap anak masing-masing.
                 Anak-anak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa namun begitu ia tidak bererti bahawa anak-anak mesti dimanjakan dan diberi apa yang dimahukan oleh mereka tetapi mestilah disulami dengan aspek ketegasan yang bersesuaian dengan masa dan keadaan.

OH...ANAKKU !!! ....rajin-rajinlah ke sekolah


PETUA UNTUK ANAK RAJIN KE SEKOLAH

1. Sediakan sebaldi air untuk mandi
2. Baca pada air tu bismillah 4 seperti dalam gambar
3. Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah.
4. Mandikan anak dengan air tadi
5. Insya allah dengan izinnya, akan terdapat perubahan

OH...ANAKKU !!! ..... jadilah anak yang pintar


Cuba amalkan ini untu jadikan anak-anak kita pintar...