Memaparkan catatan dengan label hikmat puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hikmat puasa. Papar semua catatan

17 Ogos, 2012

RAMADHAN .... Penghujungnya

Alhamdulillah masih di berikan peluang bernafas oleh Allah SWT di bulan yang penuh berkah ini. Hari ini dah masuk hari ke-28 umat islam berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu dan akhirnya ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Semoga kita menikmati nikmat ramadhan yang Allah SWT berikan dengan sebaiknya dan semoga kita tidak membazirkan rahmat yang banyak diberikan di bulan mulia ini. InsyaAllah.

14 Ogos, 2012

RAMADHAN .... Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran. 

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari: 

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan 

Isnin - 21 Ramadhan 
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam yang lain juga. Sebabnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadi, lebih baik kita anggap setiap malam adalah malam Lailatul Qadar supaya boleh jadi peransang kepada kita untuk tingkatkan ibadah secara istiqamah.. Jika ditakdirkan Allah tak memberi malam Lailatul Qadar pada kita, ibadah yang kita buat secara bersungguh sungguh tu tak sia sia bukan? malah Allah akan berikan ganjaran yang setanding dengan amalan yang kita lakukan tu.. Allah kan Maha Adil dan Pemurah.. 

Tanda-tanda Lailatul Qadar 

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. 

Marilah Kita Menjadi Umat Yang Memperolehi Kelebihan Daripada Anugerah Allah ini.

13 Ogos, 2012

RAMADHAN .... lakukan yang terbaik 10 malam terakhir

1000 bulan bersamaan 83 tahun.. jika terjumpa malam Lailatul qadar, perlu banyakkan amalan, insya'allah amalan kita berlipat kali ganda ibarat beribadah selama 83 tahun.

11 Ogos, 2012

RAMADHAN .... penghujung hidup

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".

10 Ogos, 2012

RAMADHAN .... janganlah sedih jika....

JIKA ....
anak tidak balik raya
tak ada baju raya
tak dapat duit raya
tak ada kuih raya
tak boleh mengundi dalam pilihanraya

RAMADHAN .... ada-ada aje


09 Ogos, 2012

RAMADHAN .... 10 malam terakhir

"Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" 
( Riwayat Muslim, no 1175 )

RAMADHAN .... kehebatan tamar

BERASA LETIH KETIKA BERPUASA...? PERBANYAKKANLAH MAKAN KURMA !!!

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. - Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Di dalam hadis daripada Anas katanya: “
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” - Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi

Kita sememangnnya dituntut untuk berbuka dengan Kurma, dan itu lah yang saban tahun kebanyakan dari kita amalkan. Tapi kita cuma merasa tamar je bukan rutob, kalaula Rutob tu mudah didapati sepertimana tamar lagi sedapkan?

Note : Untuk makluman , Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

HIKMAH BERBUKA PUASA DENGAN KURMA

Antara hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah:
Kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

KINI...SETELAH SEPARUH BULAN DI BULAN RAMADHAN, DIDAPATI RAMAI YANG TELAH MULA MENINGGALKANNYA...

RAMADHAN .... berhati-hati di dapur

SILA SEMAK TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA 
bagi memastikan keselamatan anda & keluarga sentiasa TERJAMIN !

RAMADHAN .... miskin dan kaya

Jika kita hidup di rumah yang kecil serba kekurangan, bersyukurlah kerana kita pasti mampu memenuhkan kekurangan tersebut dengan sesuatu yang lebih kekal abadi.

08 Ogos, 2012

RAMADHAN .... kehebatan 10 malam terakhir

Allah SWT berfirman: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) di saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampailah terbit fajar. “ 
(Al-Qadr: 1-5)

RAMADHAN .... senantiasa berdoa


RAMADHAN .... dekatkanlah diri kepada-NYA

Tidak ada seorang pun yang mendekatkan dirinya kepada Allah,
kecuali Allah akan mendekatkan diriNya juga kepadanya.

Siapakah yang mengetuk Pintu Allah, kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah, kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah, kemudian Allah tidak memberi petunjukNya?
Tidak lain dia adalah orang yang berpaling dari ajaran Allah.

Seorang pemuda bertanya apakah yang menyebabkan dia tidak mendapat petunjuk?

Jawabnya:
"Engkaulah yang telah mengabaikan penyebab datangnya hidayah. Kalau sekiranya engkau menginginkan hidayah tentulah engkau gemar mencari sebab2nya seperti :

-Menjaga solat 5 waktu.
-Mendatangi majlis2 ilmu.
-Begaul dengan orang-orang yang baik dan soleh.
-Mendengar ceramah dan kuliah agama.
-Membaca buku berkaitan agama.
-Sentiasa berazam melakukan kebaikan.
-Sentiasa berazam menjauhi maksiat.
-Sentiasa berdoa memohon hidayah tanpa jemu.

RAMADHAN .... ingat-ingat bila tidur


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.
(HR : al-Bukhari)
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

07 Ogos, 2012

RAMADHAN .... banyakkan bersabar


Ya Allah....ku mohon keampunan darimu....sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah.... 
Kesabaran itu menahan diri dari melakukan sesuatu. Dari sifat sabar akan kita temukan ketenangan kerana saat menahan diri gelombang otak menurun daripada paras rendah. Sedangkan syaitan duduk di gelombang tinggi.

RAMADHAN .... sayangi anak-anak

Bersabar dengan kerenah anak-anak di bulan Ramadhan. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan mengasihi anak-anak sebagaimana ibu bapa kita mengasihi kita semasa seusia anak-anak kita.

06 Ogos, 2012

RAMADHAN .... Nuzul Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila dise
but bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

RAMADHAN .... turunnya Al-Quran

Salam Nuzul Qur'an buat semua.. Membaca al-Qur'an bukan sahaja baca semata-mata, lebih cantik kalau tahu dan faham maksudnya...Jom TADARUS sambil membaca tafsir Qur'an.

RAMADHAN .... perbanyakkan membaca

Bacalah semampu mu .... asalkan tidak kamu tinggalkan terus dalam hidupmu

04 Ogos, 2012

RAMADHAN .... sejarah Islam yang sering dilupakan


Sedikit sejarah tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan dahulu-kala sekadar pengetahuan am kita bersama. Dahulu di sekolah, kita lebih sibuk belajar tentang Portugis, Jepun dan British, sekarang masa untuk ketahui lebih mendalam tentang sejarah yang lebih penting.