Memaparkan catatan dengan label diari SUBUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari SUBUH. Papar semua catatan

15 Februari, 2012

PESANAN RASULULLAH s.a.w.

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

DHUHA .... hadirnya rezeki di mana-mana

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

25 Oktober, 2011

DHUHA >>> Lubuk Emas Bagi ...

SOLAT SUNAT DHUHA ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Ikhlas Daripada SMARTRADZ

DHUHA >>> Bicara Kemusykilan

PERSOALAN 1 :
Saya telah pun mencuba dan terus menjadi amalan melakukan sembahyang sunat dhuha,tetapi apa yang saya rasa confuse ialah tentang surah yang sepatutnye baca dalam rakaat pertama dan kedua.Adakah 'ada surah yang wajib' dibaca atau tak kisah apa-apa surah pun...Sekarang ni saya hanya baca surah yang saya tahu saje,ikut panduan buku agama tetapi apabila saya membaca buku yang lain pulak ,dia ada nyatakan surah surah Ayatul Kursi tetapi perlu membaca 11 kali....Kenapa?

PERSOALAN 2 :
Saya pernah terlewat melakukan sembahyang dhuha , lagi 5 minit pukul 12 tengah hari...,lalu saya teruskan juga.....
Apa yang saya ingin pastikan hingga pukul berapa sembahyang dhuha ini masih lagi boleh dilakukan...?


SOLUSI :
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12 tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


1. Demi waktu dhuha, 
2. dan malam apabila ia sunyi-sepi -
3. (bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.
6. Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7. dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
8. dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
9. oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya,
10. adapun orang Yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah Engkau tengking herdik;
11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Jawapan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS

DIARI SUBUH >>> Tepati Janji

25 Oktober 2011, jam 6.10 pagi mendengar tafsiran dan ulasan tuan imam tentang MENEPATI JANJI.

Janji memang ringan diucapkan oleh LIDAH namun berat untuk ditunaikan. Betapa banyak orang tua yang mudah menabur janji kepada anaknya tapi tak pernah menunaikannya. Betapa banyak orang yang dengan mudahnya berjanji untuk bertemu namun tak pernah menepatinya. Dan betapa banyak pula orang yang berhutang namun mengingkari janjinya. Bahkan meminta udzur pun tidak. Padahal, Rasulullah telah banyak memberikan teladan dalam hal ini termasuk larangan keras mengingkari janji dengan orang-orang kafir waimah sekalipun.


Perintah untuk menepati janji

1. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam QS: An-Nahl: 91

ِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا وَأَوْفُوا بِعَهْدِ...

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….”

2. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman dalam QS: Al-Isra`: 34

 إِنَّالْعَهْدَ كَانَ مَسْئُوْلا وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.”

Demikianlah perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk senantiasa menjaga, memelihara, dan melaksanakan janjinya. Hal ini mencakupI janji seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, janji hamba dengan hamba, dan janji atas dirinya sendiri seperti nazar. Masuk pula dalam hal ini apa yang telah dijadikan sebagai persyaratan dalam akad pernikahan, akad jual beli, perdamaian, gencatan senjata, dan seumpamanya.


24 Oktober, 2011

DHUHA >>> Cara & Doa

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan…

DIARI SUBUH >>> Kematian Satu Kemestian

24 Oktober 2011, detik 6.35 a.m.

• Setiap insan atau manusia akan menemui mati dan mati itu akan datang tepat pada masanya, tidak terawal awal terlewat sedetik pun.

• Setiap manusia Islam yang menemui kematian akan dibangkitkan semula dan pasti bertemu Allah di hari perhitungan.

• Hari perhitungan juga dikenali sebagai hari pembalasan dan di hari tersebut ada tiga perkara yang setiap manusia pasti akan merasa takut kepadanya:

1. Ketakutan Pertama : Apakah dia akan menerima buku laporannya dengan tangan kanan atau pun tangan kiri. Tangan yang diangkat ini adalah dengan perintah Allah dan tiada boleh diubah bergantung kepada apa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia ini. Jika baik keseluruhan pengisian hidupnya maka tangan kanan akan terangkat dan Allah akan menyerahkan rekodnya kepadanya melalui tangan kanannya maka baiklah nasibnya manakala kalau buruk pengisian hidupnya maka rekod akan dicampakkan kepada tangan kirinya dan buruklah nasibnya disisi tuhannya.

2. Ketakutan Kedua : Untuk melihat neraca atau alat pertimbangan untuknya samaada akan senget kekanan atau senget kekiri, kalau senget kekanan maka baiklah nasibnya manakala kalau senget kekiri akan buruklah nasibnya.

3. Ketakutan Ketiga : Setelah dibuat pertimbangan, apakah dia akan dijemput dan dipelawa dengan senyuman dan ucapan selamat datang ke Syurga ALLAH atau akan ditendang dan dicampakkan ke dalam neraka.


Sumber : Md Zainal mzd dan dimurnikan oleh smartradz