03 Oktober, 2011

TEMUDUGA TERTUTUP

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
a.Ahli Syurga Dari Awal.
b.Ahli Neraka Dari Awal.
c.Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahil Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas untuk jawatan A)
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA: 
Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung, bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA: 
Di dalam kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN:
* Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
* Anda tidak perlu bawa pingat/pangkat dato seri/datin/diva/big boss/Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.
* Anda tidak perlu bawa wang tunai(credit card) atau harta yang banyak.
* Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik(ber make-up), hansem, macho, berbadan tegap ataupun seksi tahap maut.
~ Sila bawa dokumen asal IMAN dan AMALAN.


PANEL/PENUMUDUGA: 
MUNGKAR dan NANKIR.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda ?
2. Apa Agama anda ?
3. Siapa Nabi anda ?
4. Apa Kitab anda ?
5. Dimana Kiblat anda ?
6. Siapa Saudara anda ?

CARA MEMOHON: 
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan berlemah-lembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

ROH BERPESAN KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

LELAKI YANG DIHUMBAN KE NERAKA

< AYAH >
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

< SUAMI >
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

< ABANG >
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

< ANAK LELAKI >
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan dan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-samalah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?

UP : USAH jadikan diri anda penyebab mereka masuk     neraka....

MAAF DIHULUR MARAH DILINDUNG

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". 
(al-Nuur: 22)

PERKHEMAHAN ... Berakit-rakit ke tepian

Aktvt berakit yang memerlukan kerjasama dan tenaga yang banyak untuk menamatkannya dengan cepat dan selamat.

PERKHEMAHAN ... Menyeberang Sungai

Aktvt menyeberang sungai ... peserta bergantung pada tali dan menyeberang sungai sejauh 100 meter.
Gaya berani peserta yang telah menamatkan aktvt menyeberang sungai.

PERKHEMAHAN ... Sarapan pagi

Sarapan pagi ... NASI GORENG + TELUR GORENG
Sarapan pagi ... MEE HOON GORENG + TELUR + SAMBAL 

PERKHEMAHAN ... SenamPagi

Selepas solat Subuh, melakukan aktvt senam pagi.

PERKHEMAHAN ... Aktvt Lampu Ayam

Dengan beralaskan surat khabar mereka mengusung pelita minyak tanah dengan berjalan pada waktu malam dan menjaganya supaya api pelita tidak padam sepanmjang kembara malam.
Aktvt LAMPU AYAM dapat menerapkan semangat kerjasama yang tinggi antara ahli kumpulan, jika tidak sehaluan maka kertas surat khabar akan koyak rabak dan pelita akan jatuh dan api akan padam.

PERKHEMAHAN ... Aktvt ICE BREAKING

Bilal Syahir, dalam aktvt ICE BREAKING
Mereka dapat mendekati dan mengenali lebih rapat antara satu sama lain sebelum memulakan aktvt seterusnya.


PERKHEMAHAN ... Aktvt makan malam

Pak Mat dan isteri menyediakan menu makan malam kepada para peserta, menu makan malam ialah nasi, sayur kacang + labu masak lemak dan ayam masak sambal.
Dah sedia untuk makan ..... tunggu bilal Syahir baca doa makan.

PERKHEMAHAN ... Chalet penginapan

Para peserta bergerak ke khemah masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. 
Para peserta begitu gembira dapat menginap selama 3 hari 2 malam di khemah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan tapak perkhemahan.




PERKHEMAHAN ... Tiba di lokasi perkhemahan

Para pelajar menaiki 2 buah bas untuk sampai ke tapak perkhemahan.
Para peserta diberi taklimat oleh Kem Komandan En. Nizam atau nama glamour "Papa Walid"
Papa Walid memberi taklimat kepada para peserta sebagai persediaan untuk melakukan aktvt seterusnya.
Di bawah sinaran mentari petang, para peserta tekun mendengar taklimat daripada Papa Walid yang tegas dan garang.
Kesian mereka berjemur di bawah terik mentari.... barulah namanya aktvt lasak.
Selesai taklimat para pelajar diarahkan bergerak ke khemah masing-masing.