27 Oktober, 2012

LANGSUNG DARI MASJIDIL HARAM .... Jam 1624 (4.24 ptg) = Pukul 9.24 malam

27/10/2012 (Sabtu)

SALAM AIDIL ADHA .... yang perlu dilakukan

Salam Aidiladha untuk semua rakan2 pembaca blog....
"Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah".

MASJIDIL HARAM .... telah masuk waktu zohor

            Umat Islam digalakkan mengerjakan solat fardhu mahupun sunat di masjid-masjid atau surau-surau kerana bersembahyang secara bejemaah mempunyai kelebihan yang banyak berbanding dengan solat sendirian di rumah
            Masjidil Haram dan masjid Nabawi pula adalah dua buah masjid yang mempunyai fadhilat yang besar bagi umat Islam yang berkesempatan mengerjakan ibadat di dalamnya.
            Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.
            Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.
            Oleh itu Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya yang datang mengerjakan haji dan umrah agar dapat mengerjakan sembahyang sebanyak mungkin di kedua-dua masjid ini kerana fadhilatnya yang amat besar itu.

HAJI ..... mengerjakan saie


Saie di antara Bukit Safa dan Marwah

Rukun Haji yang keempat ialah sa'ie, iaitu berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.

HUKUM SA'IE
Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji atau umrah tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batallah haji dan umrahnya.

SYARAT-SYARAT SA'IE
        Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf qudum bagi yang mengerjakan haji ifrad;
        Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah- jarak antara Safa dan Marwah lebih kurang 420 meter;
        Cukup 7 kali perjalanan dengan yakin iaitu dari safa ke marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali;
        Hendaklah sa'ie hingga sampai penghujung tempat sa'ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada kawasan yang dituntuti pada tiap-tiap kali.
        Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie
        Hendaklah dilakukan sa'ie itu di mas'a sendiri iaitu tempat yang terbentang antara safa dan marwah bernama Al- Wadi

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE

Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sa'ie diantaranya ialah:-
        Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk,
        Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa
        Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan berdoa,
        Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap kiblat ( Baitullah)     

        dan mengangkat kedua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah  
        tauhid.
        Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki.
        Mualat antara sa'ie dengan tawaf.

MANUSIA & LEMBU ..... mana satu yang patut terkorban

Kisah lembu dan manusia.
LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang.   
                 mana nak sama.

...... tiba-tiba kedengaran laungan azan ....
LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak manusia bersolat.

LEMBU: tuan tak SOLAT?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.

MASJIDIL HARAM .... waktu Isyak sudah tiba