22 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA .... ceritera SUDAH


GAZA oh!!! GAZA ..... teruskan kehidupanmu

     Ketika Hamas meraikan ‘kemenangan’ di kubu kuat mereka di Gaza semalam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia), timbul pula persoalan sejauh mana kedua-dua musuh itu mampu mempertahankan amanah itu.
          Gencatan senjata diisytiharkan selepas lapan hari Israel menyasarkan serangan ke wilayah Gaza sehingga menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
          Sama ada Palestin dan Israel berasa lega apabila konflik yang berlanjutan lapan hari telah sampai ke penghujungnya tanpa pencerobohan berdarah Gaza, tetapi firasat di kedua-dua belah pihak bahawa gencatan senjata itu mungkin tidak bertahan lama.

GAZA oh!!! GAZA .... gencatan senjata

Antara isi kandungan genjatan senjata antara 
Israel dan Hamas
Sumber: Al-Jazeera

GAZA oh !!!! GAZA .... menginfaqkan sedikit rezeki yang ada

Ayuh kita menyumbang ke AQSA2Gaza Emergency Relief: Selamatkan Kanak-Kanak Gaza. Sebanyak RM 300,000.00 telah disumbangkan untuk permulaan dan banyak lagi sumbangan akan menyusul. Tunjukkan rasa prihatin anda kepada rakyat Gaza yang dizalimi tentera Zionis. Bantu mereka kembali bangkit meneruskan perjuangan!
Antara sumbangan anda yang telah sampai kepada mereka.

BOIKOT .... satu ceritera menarik

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.

"Perlukah kebencian dilahirkan?"

"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"

"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri

"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Status dari seorang Hamba Allah~

HARI ASSYURA .... fadhilat berpuasa

Fadhilat Puasa Assyura

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya 
atau sehari selepasnya."

Huraian Hadith:
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :
         i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
        ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
       iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.

http://www.islam.gov.my/e-hadith/fadhilat-puasa-assyura

GAZAku .....jumlahnya


GAZAku .....anak-anak terkorban

Ciuman buat kali terakhir!
Moga mereka aman dan gembira di sana.
Sesungguhnya kami akan terus berjuang demi membebaskan bumi Palestin!

GAZA oh!!! GAZA .... manupilasi dunia barat



Adakah wujud komplot jahat dalam perjanjian genjatan senjata antara Israel dan Hamas kelmarin?

Berita terbaru daripada media Israel sangat menggemparkan dunia.

Rupa-rupanya, mereka telah mengangkat peristiwa ini sebagai satu pencapaian kejaayaan triple-crown foreign policy oleh Presiden Amerika Syarikat, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton itu sendiri.

Kata mereka:

1. Pakatan ini adalah untuk menguatkan hubungan persahabatan antara Washington-Kaherah.

2. Genjatan senjata ini telah membantu mengeluarkan Israel daripada perangkap strategik reka bentuk mereka sendiri.

3. Penyusunan terancang ini telah meningkatkan kedudukan Obama dalam kedua-dua buah negara; yakni Israel dan Amerika.

Gaza masih lagi dicengkam erat oleh Israel!

TT Aman Palestin Mesir

Sumber: Haaretz

GAZA oh!!! GAZA ..... bersalahkah anak kecil ini

Adik kecil ini bernama Mohammed Naim dan doktor yg memegangnya itu adalah ayahnya. Diceritakan bahawa ayahnya terlalu sibuk di Hospital As-Shifa sehinggakan tidak berpeluang melihat anaknya sejak 8 hari yg lalu, tetapi hari ini beliau akhirnya melihat anaknya yg telah syahid akibat serangan bom ke atas rumahnya.

GAZA OH!!! GAZA ..... KENALI BRIGADE IZZUDDIN AL QASSAM

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

GAZA oh!!! GAZA .... tidak mengenal mangsa

Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung 
Aqsa2Gaza Emergency Relief 

sekarang!

Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 
Swift code: MBBEMYKL
Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4

Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my

GAZA oh !!! GAZA .... bantulah saudaramu

Moga kita sama-sama dapat terus menyumbang untuk Palestin!