27 September, 2012

APA DAH JADI .... makan tidur

Makan tidur makan tidur makan tidur. 
Inilah hasilnya. 
Hahaha!

MELEWATI USIA .... Hidup Suatu Ujian

Allah menurunkan ujian terhadap orang beriman, oleh itu mereka hendaklah bersabar menghadapinya.

Segala ujian yang ditimpakan Allah kepada orang Mukmin bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.

Allah menghendaki hambanya yang Mukmin menemui-Nya dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.

KASIH IBU BAPA .... anak bagaimana pula

Kasih IbuBapa membawa ke syurga, 
Kasih anak membawa ke mana?
~ Buat Renungan Bersama ~
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

SISIPAN ILMU ..... hidup yang baik dan ikhlas

Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Konsep ibadah terbahagi kepada 2 kategori iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan yang diniatkan kerana Allah). Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung pada tiga perkara iaitu; Islam, ikhlas dan ittiba' (dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT dan mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw). Dalam erti kata bahawa sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Malah apa yang dimaksudkan dalam hadith di atas sebagai ˜dikalahkan oleh agama' ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencarai nafkah menyara hidup ahli keluarga dan sebagainya. Perkara ini ternyata amat bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam juga menyuruh manusia agar berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata hingga melupakan dunia sewenang-wenangnya sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat. Oleh itu manusia mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat agar tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

BINGKISAN PAGI KHAMIS .... pabila sujud terasa

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah dari hati. Ulama' mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan bersujud boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

BINGKISAN PAGI KHAMIS .... bila azan berkumandang

Panduan Adab Mendengar Azan

Berikut adalah beberapa adab mendengar azan yang perlu diketahui dan diamalkan ;

[adab mendengar azan]

1. Masa azan dilaungkan, jangan kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi nak bergurau senda dan bergelak ketawa!

2. Masa azan dilaungkan, tutuplah (OFF kan lah) semua radio, TV atau video yang sedang kita dengar/tengok. Atau, kalau dah degil sangat, setidak-tidaknya, tolong tutup suara (Mute) kannya.

3. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;

Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”

4. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke tempat azan diazankan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.

Begitulah 4 adab mendengar azan yang sempat saya kongsikan di sini. Apapun, yang penting bukannya berapa jumlah adab yang kita tahu atau ingat, tetapi adakah kita sudah mengamalkan ilmu yang kita tahu?? Itu persoalannya. Betul tak?

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’ yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin .

Kiriman : Daniena Hakimi.

Peringatan: Sila matikan hp atau dlm keadaan mode silent @ vibrate ketika anda di masjid atau surau ataupun dalam majlis ilmu..