05 Julai, 2011

7 GOLONGAN MANUSIA ... contoh ikutan

1
Pemerintah yang adil, 
2
pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, 
3
orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, 
4
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, 
5
orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, 
6
orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, 
7
dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Ulasan selanjutnya sila teruskan membaca ...

MASJID PUTRA ... menggamit 1001 kenangan


Sempat bergaya ... sebelah masjid
Dua sejoli di Masjid Putra, Putrajaya

... SEKILAS PANDANGAN ... SEJAMBAK RENUNGAN
UNTUK PARA PEMBACA YANG BUDIMAN ...
1. Masjid dan surau menjadi pusat perhimpunan yang menyatupadukan 
    umat Islam sama ada bagi mengerjakan ibadat, menuntut ilmu dan 
    menerima nasihat pengajaran demi kebaikan dan keselamatan 
    di dunia dan di akhirat.
2. Ia usaha pertama dibuat semasa Rasulullah s.a.w berhijrah 
    ke Madinah.
3. Masjid perlu dimakmurkan dengan pelbagai program agar mendapat 

    rahmat dan hidayah Allah sentiasa.

DESTINASI ROH ... selepas mati

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T. :
Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
KE MANA PERGINYA ROH ...
1. Roh para NABI dan RASUL :
    Ditempatkan di dalam syurga Addin.
2. Roh para SYUHADA' di medan perang :
    Ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan rohnya berada di dalam 
    tubuh burung hijau berterbangan bebas di dalam syurga.
3. Roh ANAK KECIL ISLAM :
    Ditempatkan di dalam syurga dan rohnya berada dalam tubuh burung 
    pipit yang berterbangan.
4. Roh ANAK KECIL MUSYRIK :
    Rohnya berputar-putar di dalam syurga tiada tempat sehingga hari kiamat.
5. Roh MUKMIN BERHUTANG dan MENGANIAYA ORANG :
    Rohnya digantung di angkasa antara langit dan bumi, tidak sampai 
    ke syurga dan tidak juga sampai ke langit.
6. Roh MUKMIN YANG BERDOSA :
    Rohnya diazab dalam kubur berserta tubuhnya.
7. ROH KAFIR & MUNAFIK :
    Rohnya berada dalam penjara neraka JAHANNAM.