Memaparkan catatan dengan label sedekah jariah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedekah jariah. Papar semua catatan

03 Disember, 2012

BUKALAH MATA ..... insan yang terkorban

Berikut merupakan statistik kematian dan kecederaan: 
• 163 terbunuh. 43 daripadanya kanak-kanak, 15 wanita dan 18 orang tua 
• Lebih 1,200 mengalami kecederaan. Ini termasuk 431 kanak-kanak, 207 wanita, 88 orang tua 
• 213 rumah musnah atau mengalami kemusnahan teruk dan 1500 memerlukan pembaikan 
• Lebih kurang 10, 000 orang kehilangan rumah dan kini tinggal di khemah perlindungan.

26 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA .... keberanian anak-anak GAZA

Anak-anak Palestin..

Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana , setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran..

"Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?"


"Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid"

# Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar.

GAZA oh!!! GAZA .... harapan semua pencinta keamanan

Good Night from Palestine!
Selamat malam dari kanak-kanak di Palestin!
Israeli F16s and warplanes may have destroyed our homes,
but they will never destroy our smiles.

25 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA ...protes

Duduk Diam Untuk Gaza
Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
5:30 petang
25/11/2012

GAZA 0h!!! GAZA ... tanda protes

Apa kata, ini cadangan saja, bukan bantahan atau protes program yang orang lain buat.

Cadangan, kumpul ramai-ramai di masjid, selepas solat fardhu berjemaah, adakan bacaan doa dan qunut nazilah sehingga jiwa kita bergetar. Jika kita berdoa sehingga menitiskan air mata, air mata tu bukan air mata yang sia-sia.

Air mata yang mengalir kerana Allah, mengenang saudara kita di Gaza yang terluka. Ukhuwwah yang Allah masukkan dalam hati kita, moga-moga berakhir kemenangan, bukan kemenangan fizikal tetapi kemenangan dalam jihad fi sabillilah. Orang islam tu tak rugi apa-apa, jika mati, mati dalam redha Allah juga.

GAZA oh!!! GAZA ... bunga-bunga perdamaian

بارك الله لهم.. صيّادوا غزّة بعد السماح لهم بمسافة صيد حتى 6 ميل، بعد أن كانت 3 ميل. ضمن اتفاق التهدئة.
Khabarnya sekarang para nelayan di Gaza sudah boleh menangkap ikan dengan jarak maksimum 6 batu dari pantai, berbanding sebelum ini yang dibenarkan hanya 3 batu. Ini sebahagian daripada perjanjian perdamaian...

GAZA oh!!! GAZA .... runtuhan hati jiwa Gaza

Message diterima dari Gaza;
1. Palestinian Chamber of Commerce announces that: Gaza Strip is disaster area as a result of the siege and successive wars of the (Israeli) and the loss is estimated to 4 billion USD.

2. 52 schools damaged by the Israeli aggression on Gaza, and losses in the education sector is estimated in the millions

GAZA you should recovering quickly.
Jom rakyat Malaysia, teruskan menyumbang ...

24 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA .... sokongan rakyat Malaysia

Gambar menunjukkan jiwa sebenar rakyat terhadap kekejaman ZIONIS

GAZA oh!!! GAZA .... natijahnya

Fakta-fakta penting yang perlu diketahui dunia. Agar segera kebejatan Israel dihentikan. 
Teruskan membela rakyat Palestin.

23 November, 2012

GAZA oh !!! GAZA ... 1001 persoalan

1001 persoalan dalam diri kanak-kanak Gaza.
Apakah kami mampu melihat hari esok?
Adakah ibu dan ayah kami ada di sisi kami lagi?

Kami menyeru sahabat2 kami di Malaysia, Jangan risau dan bimbang kami akan mempertahankan tanah umat Islam ini!

Kami akan berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir!

Itulah semangat pejuang2 di Gaza. Mereka tidak memerlukan kita ke sana. Mereka memerlukan doa yg berterusan!

Jangan kita hanya cakna tentang isu Palestin tika Palestin diserang sahaja. Isu ini harus diperjuangkan sehingga tanah Palestin menjadi milik Umat Islam semula!

GAZA oh!!! GAZA .... jom boikot semuanya daripada mereka

Tindakan memboikot produk yahudi adalah BENAR, tetapi adakah ia satu KEUTAMAAN? Yang mana lebih utama, memboikot produk yahudi atau memboikot akhlak yahudi yang kita ikut dan amal setiap hari dalam kehidupan kita seperti bergaul tanpa batasan, menonton rancangan2 lagha anjuran yahudi, mengambil ringan hal aurat dll?

Yang mana agaknya lebih yahudi benci, boikot produk atau boikot akhlak mereka? Ingatlah janji Allah SWT; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka" (Al Baqarah : 120)

Cadangannya, kita buat dua2 tapi pada masa yang sama kenal pasti yang mana lebih utama. Sedarlah, sekarang ini kita tidak perlu keluar untuk menemui yahudi kerana pengaruh laknatullah ini dengan mudah telah memasuki ke dalam rumah kita seolah2 kita sendiri yang menjemputnya (TV, internet dll).

GAZA oh!!! GAZA ... FROM SARAJEVO WITH LOVE | FREE PALESTINE

Semoga adik menjadi pejuang!

Teruskan memberi sumbangan ke Palestin 
melalui Aqsa Syarif:
TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF 
Maybank Islamic 551575004299 atau 
Bank Islam 12092010034904

22 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA .... ceritera SUDAH


GAZA oh!!! GAZA ..... teruskan kehidupanmu

     Ketika Hamas meraikan ‘kemenangan’ di kubu kuat mereka di Gaza semalam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia), timbul pula persoalan sejauh mana kedua-dua musuh itu mampu mempertahankan amanah itu.
          Gencatan senjata diisytiharkan selepas lapan hari Israel menyasarkan serangan ke wilayah Gaza sehingga menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
          Sama ada Palestin dan Israel berasa lega apabila konflik yang berlanjutan lapan hari telah sampai ke penghujungnya tanpa pencerobohan berdarah Gaza, tetapi firasat di kedua-dua belah pihak bahawa gencatan senjata itu mungkin tidak bertahan lama.

GAZA oh!!! GAZA .... gencatan senjata

Antara isi kandungan genjatan senjata antara 
Israel dan Hamas
Sumber: Al-Jazeera

GAZA oh !!!! GAZA .... menginfaqkan sedikit rezeki yang ada

Ayuh kita menyumbang ke AQSA2Gaza Emergency Relief: Selamatkan Kanak-Kanak Gaza. Sebanyak RM 300,000.00 telah disumbangkan untuk permulaan dan banyak lagi sumbangan akan menyusul. Tunjukkan rasa prihatin anda kepada rakyat Gaza yang dizalimi tentera Zionis. Bantu mereka kembali bangkit meneruskan perjuangan!
Antara sumbangan anda yang telah sampai kepada mereka.

GAZAku .....jumlahnya


GAZAku .....anak-anak terkorban

Ciuman buat kali terakhir!
Moga mereka aman dan gembira di sana.
Sesungguhnya kami akan terus berjuang demi membebaskan bumi Palestin!

GAZA oh!!! GAZA .... manupilasi dunia barat



Adakah wujud komplot jahat dalam perjanjian genjatan senjata antara Israel dan Hamas kelmarin?

Berita terbaru daripada media Israel sangat menggemparkan dunia.

Rupa-rupanya, mereka telah mengangkat peristiwa ini sebagai satu pencapaian kejaayaan triple-crown foreign policy oleh Presiden Amerika Syarikat, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton itu sendiri.

Kata mereka:

1. Pakatan ini adalah untuk menguatkan hubungan persahabatan antara Washington-Kaherah.

2. Genjatan senjata ini telah membantu mengeluarkan Israel daripada perangkap strategik reka bentuk mereka sendiri.

3. Penyusunan terancang ini telah meningkatkan kedudukan Obama dalam kedua-dua buah negara; yakni Israel dan Amerika.

Gaza masih lagi dicengkam erat oleh Israel!

TT Aman Palestin Mesir

Sumber: Haaretz

GAZA oh!!! GAZA ..... bersalahkah anak kecil ini

Adik kecil ini bernama Mohammed Naim dan doktor yg memegangnya itu adalah ayahnya. Diceritakan bahawa ayahnya terlalu sibuk di Hospital As-Shifa sehinggakan tidak berpeluang melihat anaknya sejak 8 hari yg lalu, tetapi hari ini beliau akhirnya melihat anaknya yg telah syahid akibat serangan bom ke atas rumahnya.