10 Jun, 2012

SEDIKIT MASA ..... + @ -


6 PERKARA .... hak sesama Muslim


USAHA ..... bertawakkal dan terima sebagai takdir


SEDIKIT MASA .... mengingati Allah


























SEDIKIT MASA ....mengingati setiap waktu

terima kasih
atas segala kelebihan dan kekurangan
terima kasih
atas segala suka dan duka
terima kasih
atas segala susah dan senang
terima kasih
atas segala nikmat dan ujian
terima kasih
atas segala-galanya
yang tak mampu kutuliskan semua
terima kasih
kerana itulah tanda kasih sayangMu Tuhan

SEDIKIT MASA ..... renungan buat suami isteri


IMAM AL-GHAZALI
PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa

Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...

MINUM .... ada caranya

SUNNAH KETIKA MINUM

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. 
(Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. 
(Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. 
(Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. 
(Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. 
(Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. 
(Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. 
(Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. 
(Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. 
(Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. 
(Bukhari & Muslim)

LIDAH ... 2 pilihan sahaja

Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat HENDAKLAH DIA BERKATA BAIK atau DIAM"

(HR al-Bukhari & Muslim)

BISMILLAH 5 .... mudah diucapkan besar fadhilatnya

























BISMILLAH 5

Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha  
    Penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu 
    di bumi maupun di langit, dan Dia yang Maha mendengar 
    lagi Maha mengetahui.

MAKAN ..... ikut cara yang disuruh


























MENELADANI CARA MAKAN RASULULLAH SHALALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

1. Ibnul Qayyim berkata: Barangsiapa yang memperhatikan makanan yang dikonsumsi Nabi, niscaya ia mengerti bahwa beliau tidak pernah memadukan menu antara SUSU dengan IKAN, atau antara SUSU dengan CUKA, atau antara DUA MAKANAN yang sama-sama MENGANDUNG UNSUR PANAS, UNSUR DINGIN, UNSUR LENGKET, UNSUR PENYEBAB SEMBELIT, UNSUR PENYEBAB MENCRET, UNSUR KERAS, atau DUA MAKANAN yang mengandung UNSUR KONTRADIKTIF, misalnya antara MAKANAN YANG MENGANDUNG UNSUR PENYEBAB SEMBELIT DENGAN YANG MENGANDUNG PENYEBAB MENCRET, ANTARA YANG MUDAH DICERNA DENGAN YANG SULIT DICERNA, ANTARA YANG DIBAKAR DENGAN YANG DIREBUS, ANTARA DAGING YANG SEGAR, DENGAN YANG SUDAH DIGARAMI DAN DIKERINGKAN, ANTARA SUSU DENGAN TELUR, DAN ANTARA DAGING DENGAN SUSU.
Beliau tidak pernah makan pada saat makanan tersebut masih sangat panas atau masakan yang dihangatkan untuk besok, makanan-makanan yang bulukan (berjamur) dan asin, seperti makanan-makanan yang DIASINKAN, DIASAMKAN, atau DIHANGUSKAN. Semua makanan ini berbahaya dan menimbulkan berbagai macam gangguan kesihatan.