31 Mei, 2012

WANITA .... mana yang lebih baik?

Seorang wanita dengan keperibadiannya yang baik,
membawa seribu kebaikan kepada dunia.

Tetapi, seorang wanita dengan keperibadian yang buruk,
akan membawa kerosakan kepada dunia.

Jadilah wanita syurga,
Peribadinya sederhana,
Tidak mudah putus asa,
Cita-cita tinggi menembus ke sana!

InsyaAllah.. ♥

MARI RENUNGI ..... kelemahan diri


ANTARA 2 ... Lelaki dan Perempuan

✿~ LELAKI :
 ''Senang nak cari PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG, tetapi..susah nak cari PEREMPUAN yang MENUTUP AURAT...''

✿~ PEREMPUAN : 
''Mudah nak cari LELAKI yang PANDAI BERCINTA, namun..sukar untuk dapatkan LELAKI yang SETIA dan BERTANGGUNGJAWAB...''

APA ADA PADA WAKTU .... carilah di mana jua

HUJAN .... amalan terbaik ialah berdoa

APAKAH YANG HARUS KITA LAKUKAN KETIKA HUJAN TURUN?

Junjungan tercinta kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan kita agar membaca doa "Allahumma shoyyiban nafi'aa" (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat). Namun hakikatnya, ramai dikalangan kita yang tidak mengamalkan doa yang diajarkan oleh Nabi kita ini. 

Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:
“Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat hujan, maka beliau berdoa, “ALLOHUMMA SHOYYIBAN NAAFI’A (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat).” (HR. Al-Bukhari no. 1032)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar sunnah nabi sentiasa hidup di sepanjang zaman.

Wallahu a’lam.

BACALAH .... Ayat yang pertama


Disebutkan dalam Mukhtasar Al-Itqan Fi Ulum Al-Qur’an, para ulama telah berselisih pendapat tentang apa yang pertama sekali diturunkan daripada Al-Qur’an kepada 4 pendapat.

Pendapat pertama menyatakan bahawa yang pertama sekali turun daripada Al-Qur’an adalah Surah Al-`Alaq; ayat 1-5. Ini adalah berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Ummul Mu’minin `Aisyah r.anha.

Pendapat kedua menyatakan yang pertama sekali diturunkan adalah surah Al-Mudatstsir.

Pendapat ketiga, menyatakan yang pertama sekali diturunkan adalah surah Al-Fatihah.

Pendapat keempat menyatakan yang pertama sekali diturunkan adalah Bismillahirrahmanirrahim.

Dan pendapat yang paling shahih adalah pendapat yang pertama, bahawa yang pertama sekali diturunkan daripada Al-Qur’an adalah surah Al-`Alaq; ayat 1-5. Sebagaimana yang telah masyhur, bahawa ianya berlaku ketika Rasulullah s.a.w sedang berada di Gua Hira’ yang terletak di bukit Cahaya (Jabbal Nur), saat baginda s.a.w mengasingkan diri daripada kaumnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 

`Ali bin Al-Hussain menyatakan bahawa surah pertama yang diturunkan di Mekah adalah Al-`Alaq dan surah yang terakhir di Mekah adalah surah Al-Mu’minun, dan disebutkan juga Al-Ankabut. Manakala, surah yang pertama sekali diturunkan di Madinah adalah Al-Muthaffifin, dan yang terakhir diturunkan di Madinah adalah surah At-Taubah. 

Ibnu Hajar Al-`Asqalani menyebutkan dalam Fathul Bari, bahawa telah disepakati yang pertama sekali turun di Madinah adalah surah Al-Baqarah.


Rujuk: صلاح الدين ارقدان , Mukhtashar Al-Itqan Fi Ulum Al-Qur’an, terbitan: Dar An-Nafa’is (1987 Masihi) hal. 57-60.

BERWUDUK .... ada doa selepasnya

Antara perkara-perkara sunat selepas mengambil wudhu ialah membaca Doa Selepas Berwudhu. Sunat membaca doa setelah sempurna berwudhu. Adapun cara membacanya ialah dengan menghadap kiblat dan mengangkat atau menadah kedua belah tangan ke langit.

Beramal dengan doa ini kerana sesungguhnya mengikuti petunjuk Nabi saw lebih utama bagi seluruh umat Islam

Wallahu a'lam

TERCIPTANYA KITA .... kenapa?


TAHUKAH ANDA MENGAPA KITA DICIPTA?

- Mungkin ada yang menganggap persoalan ini adalah begitu mudah dan remeh, tetapi bila kita renungi sebenarnya ramai di antara kita masih belum mengerti dengan sebenar-benarnya bahawa tujuan kita diciptakan oleh Allah s.w.t adalah untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya? 

- Ada juga yang mengerti tapi terlupa tujuan dirinya dicipta oleh Allah s.w.t, kerana begitu lalai dengan dunia. Disebabkan tidak begitu menghayati tujuan penciptaan manusia, ramai kita lihat umat Islam yang meninggalkan perintah Allah s.w.t yang paling asas iaitu solat lima waktu.

MUNAFIK .... jauhi sejauh-jauhnya


1. Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tanda seorang munafik ada tiga : apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir, dan apabila diberi amanah dia berkhianat.” (Hadis riwayatkan al-Bukhari dan Muslim)

2. Di dalam hadis di atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengkhabarkan tentang 3 ciri yang terdapat pada orang munafik. Orang munafik adalah orang yang berpura-pura menzahirkan keislaman, sedangkan di dalam hatinya dia membenci Islam, malah berniat untuk menghancurkan Islam. Orang munafik adalah orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran.

3. Meskipun hadis di atas disebutkan tentang ciri-ciri orang munafik, sesuatu yang perlu kita fahami adalah; hadis di atas tidaklah bertujuan ataupun menganjurkan untuk kita melabel dan menuduh orang yang tertentu sebagi munafik. Akan tetapi, hadis di atas memberikan peringatan kepada kita agar menjauhi sifat-sifat orang munafik.

4. Sesungguhnya perbuatan menuduh orang lain sebagai munafik tanpa bukti dan hujah, adalah satu perbuatan buruk sangka. 

5. Seperti mana syirik dibahagikan kepada syirik besar dan syirik kecil, munafiq juga mempunyai pembahagiannya.

- Munafiq hakikat; iaitu orang yang menzahirkan keimanan, berpura-pura Islam, tetapi hakikat di dalam hatinya adalah kufur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka ini hakikatnya telah murtad daripada Islam, kerana tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

- Munafiq amal; iaitu orang yang benar-benar beragama Islam dan hatinya beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, meskipun begitu perbuatannya terdapat sifat-sifat orang munafik seperti berdusta, khianat dan mungkir janji. Mereka ini tetap Islam, dan termasuk di kalangan orang yang beriman.

6. Selain hadis di atas terdapat pelbagai lagi sifat orang munafik yang perlu dijauhi disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, namun cukuplah kami bawakan secara ringkas di sini mengenai sifat munafik yang perlu dijauhi.

Wallahu a’lam.