21 Julai, 2011

LAILATUL QADAR ... doanya

Tunggu dulu ya.... sedang dalam proses penyuntingan akhir. MAAF.

U N I K ... di Masjidil Haram, Mekah

MATA tak pernah puas menatap syiling Masjidil Haram, keunikan yang sukar ditandingi oleh mana-mana masjid di dunia ini. Bagaimana pula dengan anda, pernah merasai situasi seperti ini?. Kongsi bersama dan ceritakan pengalaman anda. JOM !!! Cerita sikit.

BAKSIS VS SEDEKAH ... saguhati untuk pemandu

Seharusnya paradigma "BAKSIS" ditukar kepada "SEDEKAH" agar lebih lembut didengar dan enak disebut.  Itulah yang dituntut oleh agama kita. Bila ke tanah suci gunakanlah kata-kata yang baik dan sopan dengan siapa kita berhadapan.

AL-QURAN ... selalu dibaca

Sentiasa dibaca mencari ketenangan jiwa untuk menghadap Allah SWT.
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). "

Pengalaman membaca al-Quran di Masjidil Haram amat mengharukan, perasaan ketika itu rasa gementar menyebut kalimah-kalimah Allah. Titisan air mata membasahi pipi menyejukkan suasana yang sunyi sepi ketika itu. 
Anda pula bagaimana, JOM !!!  Ceritakan kepada yang lain.

S Y U K U R seadanya...

Anda bosan dengan kerja anda sekarang? 
Anda dibebani dengan tugas yang memeningkan kepala? 
Anda stress kerana tak dapat membahagikan masa untuk melaksanakan kerja yang dirancang? Ketua anda asyik menekan anda?

Anda patut bersyukur kerana anda masih dapat memperolehi pendapatan yang tetap setiap bulan..

Anda patut bersyukur kerana anda masih boleh menyara keluarga anda hingga sekarang..

Anda patut bersyukur kerana dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk menjalankan tugas..

Dan anda memang patut bersyukur dengan kerja anda sekarang dan muhasabahlah diri anda sendiri jika anda melihat imej yang tertera di bawah...

Nah.. apa perasaan anda sekarang?

Ingatlah bahawa jika kita kaya, masih ada yang lebih kaya dari kita...

Jika kita dalam kesusahan, masih ada lagi yang lebih malang dari kita..

Jika kita sakit, masih ada yang lebih tenat dari kita..

Jika kita rasa kerja kita terlalu membebankan, masih ada lagi yang perlu kerja dengan lebih teruk untuk mendapatkan sesuap nasi..

Oleh itu, fahami dan cuba perhalusi erti nikmat bersyukur!



Anda bagaimana ? Cuba cerita sikit.... JOM !!! ceritakan.

TERBIT FAJAR ... limpahan rahmat-NYA

Mentari mula menyinari bumi MEKAH, limpahannya menerangi Dataran Kaabah.
Mengetahui Waktu Sembahyang
Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
 " Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari."
(HR Muslim)
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang 
    seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari 
    tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib ketika tenggelam matahari sehingga hilang 
    tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) 
    dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

8 JUN 2011 ... Selepas Solat Isyak




Walaupun telah selesai solat Isyak, para jemaah tidak berganjak dengan pandangan mata tertumpu pada Kaabah.

DHUHA ... di Dataran Kaabah

Solat sunat Dhuha di Dataran Kaabah, syahdu mendengar derapan telapak kaki jemaah  melakukan tawaf. 
Pernahkah anda solat sunat Dhuha di Dataran Kaabah?. Ceritakan pengalaman anda dalam ruangan ULASAN di bawah. JOM!!! Kita cerita. 

TENGAH HARI ... di Dataran Kaabah

Panas mentari ... tidak dihiraukan oleh jemaah, inilah satu nikmat yang tidak ada di tempat lain.
Pengalaman sebegini memang sukar dirasai di tempat lain, jika nak rasa bagaimana seronoknya berpanas di Dataran Kaabah, JOM !!! Kita Ke sana. Anda bagaimana pula, ada nak diceritakan...ceritakanlah dalam ruangan ULASAN di bawah. Silakan.

SENAMROBIK ... sekolahku

bersenam - cergas - minda dan fizikal
Aktiviti kecergasan sebelum memulakan pembelajaran di sekolah tempat aku mengajar. Seronok mereka bersenam bersama guru. " BADAN CERGAS OTAK CERDAS."