01 Jun, 2012

UBAT HATI .... tiada bayaran perolehinya

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." 
-(Hadis riwayat Ibn Majah)-

SENYUM .... indahnya

Senyum Itu Adalah Sedekah Yang Paling Mudah.. Oleh Itu Senyumlah Untuk Membuatkan Insan-Insan Di Sekeliling Kita Menjadi Tenang.. Hati Kita Juga Akan Senang Dan Tenang Supaya Rahmat Serta Barokah Allah Menyelubungi Diri Jua Hati Kita..

TANGIS & TAWA ... uji ketabahan

"Syukur Di Atas Nikmat Kurniaan NYA, Sabar Di Dalam Ujian NYA, Dan Redha Dengan Segala 
Qada' & Qadar NYA."

WAHAI SAHABAT .... lihatlah sekelilingmu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan 
adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan 
seorang sahabat yang baik adalah sesuatu ketenangan dalam jiwa.

WAHAI SAHABAT !!! .... ikhlaskan hubunganmu

JANGAN sesekali memandang rendah terhadap seseorang kerana wajahnya, keturunannya, mahupun kedudukannya..semua ini tidak harus menjadi ukuran memilih sahabat..jalinkan hubungan & bergaulah dengan orang-orang yang baik budi dan berakhlak..jika seseorang itu tinggi akhlaknya, dia akan mencintai semua insan.

RODA KEHIDUPAN ... putaran yang adil

♥ Hidup ini umpama roda...kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah..kerana roda sentiasa berputar...kadang-kadang berada di puncak bukit, kadang-kadang kita di tanah yang rata dan landai...kadang-kadang juga kita di tepi tebing yang curam yang di bawahnya adalah gaung yang sedia menanti…♥

MOHON PERKENAN .... doalah sepuas-puasnya

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG 
- 'Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil' 
"Ya Allah! Janganlah kau biarkan akalku memandu hidupku walaupun dalam sekelip mata. Curahilah NUR cahayaMu dalam hatiku, agar dapat ku melihat kebesaranMu. Singkapkanlah pandanganku, angkatlah hijab penglihatanku. Walaupun kau tahu aku sentiasa cuba sedaya upayaku menyebut namaMu dalam hatiku setiap masa, ketika dan waktu, adakalanya akal dan pemikiranku menghalangku dari mengingatiMu. Tunjukilah aku tamanMu, sepertimana yang pernah kau singkapkan penglihatanku suatu ketika dulu. Bantulah aku, pandulah aku." 
Amin Ya Rabbal A'lamin... 
Wallahu a'lam

TAUBAT ... hapus dosa kesalahan

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan merekadan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
(Surah At-Tahrim 66: Ayat ke 8)

NIKMAT ALLAH .... usah dipersiakan

Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk “dimiliki” selain oleh Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

ILMU .... harta yang kekal

 Kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu. Lalu jawab Saidina Ali Aku akan mengambil ilmu, bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali " sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur. 

MOHON PERTOLONGAN ALLAH .... asalkan jangan jemu

"Jika hambaku mendekati-Ku sejengkal, Aku (Allah) akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan dekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

UTAMAKAN KESELAMATAN .... ikhtiarkan cara termudah

REZEKI .... anugerah Allah

"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
…[Quran Al-Kahfi:10]...