01 Ogos, 2011

SOLAT TARAWIH 2 ... Kelebihannya

Photobucket
MALAM KE-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
JOM !!! Kita solat Tarawih tiap-tiap malam.

SOLAT TARAWIH 1 ... Kelebihannya

Photobucket
MALAM PERTAMA :
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


JOM !!! Kita solat Tarawih tiap-tiap malam.

PUASA ... 3 Darjah Manusia Berpuasa


1.  Puasa 'Umum'
Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.

2.  Puasa 'Al-Khusus'
Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

3.  Puasa 'Khususul Khusus'
Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, 'ujub, takabbur dan lain-lainnya.

DI MANAKAH KEDUDUKAN DIRI ANDA?

PUASA ... 3 Golongan Manusia

GOLONGAN PERTAMA
Orang yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah S.W.T yang mewajibkan berpuasa. Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana-mana tempat sekali pun, sama ada di tempat tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya. Golongan ini sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat Allah.

GOLONGAN KEDUA
Tentang golongan kedua pula, mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa. Golongan ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa. Biasanya orang yang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.

GOLONGAN KETIGA
Golongan ketiga ialah mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah. Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam agar terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Menyedari hakikat ini, renungkanlah. 

Dalam golongan manakah kita berada?

PUASA ... Hikmat & Faedah

1.  Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana 
     nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-
     hambanya.
2.  Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan 
     belas terhadap orang-orang yang susah 
     menderita.
3.  Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak,    
     sombong, hasad dan dengki.
4.  Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan 
     menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
5.  Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama      
     menunaikan kewajipan yang sama itu dapat 
     menimbulkan semangat perpaduan.
6.  Memberi peluang untuk memperbanyakkan 
     amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai 
     keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan 
     lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.

SEGERA BERBUKA ... ada kelebihannya

(HR al-Bukhari dan Muslim)
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka 
    setelah diyakini masuknya waktu Margrib, 
    sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja 
    dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang 
    munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka 
    puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam     
    mengejar waktu solat di mana ia memberi 
    kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum   
    mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas 
    menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula 
    selepasnya.