10 Julai, 2011

ISRAK & MIKRAJ ... kebenaran VS ilusi


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" 
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

IBLIS : Siapa musuh dan sahabat

Memang la kerja IBLIS .... hANYA DIRI SENDIRI YANG DAPAT
MENGAWALNYA

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan
manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

WASIAT AL-BANNA: Bacalah Olehmu Al-Quran

“Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah." (Hasan al-Banna)



Al-Quran sebagai rakan karib
Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan di gua Hira’ ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul ‘Izzah, seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj (berperingkat) kepada Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama sebagaimana disebut oleh Rasulullah :
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Assunnah”

AL-QURAN ... satu keperluan di akhirat nanti

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah Ta’ala:
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, danhidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus: 57)

KUNING + MERAH = Apa rakyat DAPAT?

BERSIH 2.0 & PATRIOT 2.0 sudah tukar ke? Jadi DAPAT 2.0
Bagus kalau tukar jadi DAPAT 2.0 - TUNTUTANNYA ialah :
1. DAPAT 2.0 juta RM setiap seorang rakyat MALAYSIA.
2. DAPAT 2.0 hektar tanah setiap seorang rakyat MALAYSIA.
3. DAPAT 2.0 buah rumah kediaman setiap seorang rakyat MALAYSIA.
4. DAPAT 2.0 kenderaan nasional setiap seorang rakyat MALAYSIA.
5. DAPAT 2.0 lot premis perniagaan di seluruh bandar setiap seorang rakyat MALAYSIA.


TETAPI APA KITA DAPAT SEKARANG?
...... BERGADUH sesama rakyat MALAYSIA
.... DITANGKAP MASUK LOKAP 
.... TUDUH MENUDUH SESAMA BANGSA DAN AGAMA
.... TAK PASAL-PASAL MASUK LOKAP ... malu emak bapak
INI KE YANG MEREKA AJAR KEPADA ANAK-ANAK ?
.... BUANG MASA KOMEN ITU DAN INI .... sepatutnya duduk rumah 
.... INIKAH TUGAS MEREKA ?
Sepatutnya mereka bekerja cari wang buat belanja anak-anak atau diri sendiri
 ANDA ADA
 OTAK DAN AKAL FIKIRAN 
KALAULAH ANDA HIDUP PADA SABTU , 

APA YANG ANDA FIKIRKAN?

KUNING + MERAH = OREN

KUNING + MERAH = Siapa UNTUNG?
ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan.
Alahai anak dara ... kau begitu sopan dan bergaya tetapi kenapa memilih jalan
seperti ini. Sepatutnya berada di rumah, library, sekolah, untuk melakukan sesuatu kerja yang berfaedah. MENGAPA JADI GADIS JALANAN ... Jawablah wahai anak-anak remaja 
Wahai PEMUDA MELAYU ... ISLAM ? Adakah ini matlamat perjuangan agama dan bangsa? SIAPA YANG TIDAK BERSIH? Adakah hati pemuda melayu ISLAM? ini benar-benar BERSIH? Bersih dari sudut mana? JAWABLAH SENDIRI.
INIKAH YANG DINAMAKAN PEJUANG BANGSA MELAYU.
INIKAH YANG GAYA ANAK MELAYU BERJUANG?
LIHATLAH ANAK MUDA BANGSA LAIN, MEREKA BERMATI-MATIAN MENCARI KEKAYAAN DAN KESENANGAN DI BUMI MALAYSIA.
TETAPI DI SAAT INI, APAKAH YANG DIBUAT OLEH ANAK MELAYU INI?
Jawablah sendiri.
Astaghfirrullah ... apa anak bangsa melayu buat ?
Cuba fikirkan apakah yang kita beri kepada anak-anak hari ini?
Inikah yang tunjukkan kepada mereka?
Inikah yang kita ajarkan kepada mereka?
INIKAH YANG KITA MAHUKAN UNTUK ANAK-ANAK PADA MASA HADAPAN?
Jawablah sendiri... ada hotak guna untuk fikirkan yang baik-baik, bukan macam ini.
MasyaAllah ... inikah niat kita berjuang .... merosakkan harta benda awam dan kemudahan untuk kita semua?
Lu pikir la beb !
Inikah bentuk perjuangan PEMUDA BANGSA MELAYU?
Menjerit di tepi parit,
Melolong di lorong-lorong,
Melalak di celah ketiak,
Kenapa tidak gunakan PARLIMEN, apa gunanya ada PM,TPM,M,TM dan dot, dot, dot....
Entahlah apa nak jadi dengan bangsa MELAYU di bumi MELAYU
PEMBAZIRAN WANG RAKYAT ... sepatutnya perbelanjaan ini untuk minuman rakyat miskin di luar bandar.
TETAPI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN LAIN.
Tak ada hotak ke ?...
Kalau PAK ARAB tengok kat MALAYSIA macam ni, kan BESAR KEMALUAN !


** R U M U S A N **
KUNING + MERAH = Siapa UNTUNG?