25 Ogos, 2011

AYAM ... Potong @ Sembelih

Cerita tentang AYAM memang di mana-mana kita dengar.
AYAM naik HARGA.
AYAM banyak MATI.
AYAM naik REBAN.
AYAM tidak CUKUP.
dan macam-macam lagi.
Cerita AYAM yang paling sensasi ialah ;
AYAM SEMBELIHAYAM POTONG.
Cuba fikir-fikirkan selama ini.....apa yang sudah kita lalui mengenai AYAM.
Adakah ayam seperti ini yang kita hidangkan kepada ahli keluarga kita?
Di manakah kita mendapatkan bekalan ayam ini?

PUASA ... Alasan Tidak Puasa

Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Tetapi, ada juga manusia di bumi yang malas berpuasa. Mereka sanggup menipu dengan memberi pelbagai bentuk alasan.

Apakah alasan yang biasa digunakan oleh manusia yang malas berpuasa?

Cuba perhatikan visual di bawah ni ... NILAI DAN FIKIRKAN adakah perlakuan ini menyamai perlakuan kita?

RAMADHAN ...jauhi amalan membazir

Ramadhan ialah bulan yang mulia, Allah melarang umat Islam membazir , bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan yang lain. Tetapi disebabkan godaan nafsu yang kuat bulan puasa ini, dikatakan bulan yang mencabar terhadap konsep puasa itu sendiri. Ramai antara kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Manakala nafsu manusia memain peranan merangsang keinginan dalam belanja seharian terutama bulan puasa. Membazir ialah amalan syaitan.

Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 26 dan 27:

“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.

Keterangan Lanjut >>> KLIK DI SINI

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah...
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
................................................

Firman Allah...
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
................................................

Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
................................................

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."
...................................................
Sumber Rujukan : http://www.maij.gov.my/zakat/index.html

ZAKAT FITRAH ... Menunaikan Tanggungjawab

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : " Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk."


Daripada Ibnu Umar : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam."

Daripada Ibn Said berkata : 

" Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini."

Daripada Ibn Abbas berkata : 
" Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan ... dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain."


Sumber Rujukan : KLIK DI SINI