23 Jun, 2011

SELAMATKAN AL-QURAN 9 ... Suatu Keajaiban

Suatu keajaiban apabila kertas yang dibakar
tidak menjadi putih sebaliknya menjadi hitam
dan masih tertera ayat suci.
Sebaliknya pada masa-masa tertentu pula
carikan kertas yang dibakar bertukar menjadi putih
seperti tepung sagu. Jika dirasa tidak akan rasa apa-apa.
Mengapa perkara ini boleh berlaku ?

Tuan Imam Masjid Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, JOHOR
kehairanan dengan kejadian seperti ini.
UNTUK MENDAPATKAN JAWAPANNYA
SILA BERKUNJUNG KE :

Pusat Pengumpulan dan Pelupusan 
Ayat-ayat Suci al-Quran 
Batu 10, Jalan Cheras, Kajang,
SELANGOR.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Tanam dalam telaga

AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong. Setelah selesai menanam dalam telaga khas, bacaan doa selamat akan dibaca sebagai tanda kesyukuran kerana proses kerja yang dilaksanakan sejak peringkat awal hingga akhir berjalan dengan lancar. 
AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong.

Para pengunjung mengaminkan doa yang dipimpin oleh Imam.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Larutkan abu dalam air

Larut 1 :
Memasukkan abu ke dalam takungan air.
Kertas yang telah dibakar akan meninggalkan abu yang berwarna putih dikumpulkan di bawah mesin insinerator. Palong abu tersebut akan ditarik keluar, kemudian proses melarutkan dalam takungan air bermula.
Larut 2 :
Abu putih mudah larut di dalam air.
Larut 3 :
Proses melarutkan abu akan menjadi lebih cepat jika dikacau.
Larut 4 : 
Saki baki abu yang berwarna hitam akan ditapis dan diasingkan.
Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

SELAMATKAN AL-QURAN 7 ... Mesin Insinerator

Kos mesin ini dianggarkan
60 ribu ringgit
Mesin Insinerator yang digunakan untuk membakar carikan kertas yang telah dikumpulkan menggunakan teknologi daripada Jerman. Walaubagaimapun, mengikut En.Rahmat mesin ini dibina di Bandung, Indonesia kerana kos pembinaannya lebih murah dan mudah dipantau. Kos dianggarkan RM60,000.00 seunit.




Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius. Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu. Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. 

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu. 

Canggih dan moden tanpa mengeluarkan
jerebu ke udara
Ruang untuk memasukkan cebisan kertas
ketika suhunya tinggi


SELAMATKAN AL-QURAN 6 ... Meracik menjadi cebisan

Bahan yang mengandungi ayat suci dimasukkan
ke dalam mesin racik supaya menjadi cebisan untuk
mudah dibakar.
Alat untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.


“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.


SELAMATKAN AL-QURAN 5 ... Proses pilih dan asing ayat suci Al-Quran

En.Rahmat menunjukkan proses pelupusan ayat-ayat suci Al-Quran dimulakan dengan memilih bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran dan seumpamanya yang bercampur aduk dengan tulisantulisan lain. Setelah selesai proses pengasingan, bahan yang tergolong dalam ayat-ayat suci, ianya akan disimpan di tempat yang dikhaskan sebelum melalui proses selanjutnya. Proses pengasingan ini dijalankan dengan begitu teliti sekali kerana bagi mengelakkan bahan yang mengandungi tulisan yang berkaitan dengan ayat suci terlepas daripada pengasingan.
En.Rahmat melakukan demontrasi cara memilih dan mengasingkan bahan
yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bahan yang telah dipilih akan dimasukkan ke dalam 2 buah bekas
berasingan yang melibatkan ayat-ayat suci Al-Quran dan bukan ayat suci Al-Quran. 

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

SELAMATKAN AL-QURAN 4 ... Fadhilat menyanjung tinggi Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di buku lama atau kertas-kertas hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul. Tidak boleh dibuang sesuka hati.
Diriwayatkan, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.


Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa. Jadi jika terdapat sebarang ayat suci di kertas atau buku lama yang tidak digunakan lagi, boleh di hantar ke syarikat ini untuk dilupuskan dengan cara yang betul. Berhati-hati ketika membuang kertas, naskah atau buku lama, takut-takut ada ayat Al_Quran. Periksa buku tersebut dan pastikan tiada sebarang ayat suci sebelum dibuang.

SELAMATKAN AL-QURAN 3 ... Fatwa Pelupusan Al-Quran

En.Rahmat menunjukkan gumpalan
kertasyang mengandungi cetakan
ayat suci Al-Quran.
Betapa sayu dan pilunya hati ini apabila terpandang kertas yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipungut di tempat pembuangan sampah. Inikah yang dikatakan umat Islam yang menyayangi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran adalah mukjizat nabi yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepadanya dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s.


Fatwa Pelupusan Al-Quran

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
     
  2. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.
     
  3. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
Banyak lagi cebisan yang dibuang merata-rata tanpa ada rasa bersalah dalam  diri orang yang melakukannya.
Timbunan kertas yang mengandungi ayat suci yang menunggu untuk dilupuskan.


SELAMATKAN AL-QURAN 2 ... Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran

Peristiwa yang berlaku di Batu Pahat semestinya menjadi iktibar kepada umat Islam di Malaysia kerana berlakunya peristiwa tersebut disebabkan oleh kecuaian atau kejahilan umat Islam sendiri. Penubuhan PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN oleh individu yang prihatin iaitu EN. RAHMAT bin MAHDAN di LOT 6213, Ulu Langat, Kajang sedikit sebanyak dapat merubah keadaan daripada terus menerus berlaku.
PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCI AL-QURAN yang sedia menerima  Al-Quran yang tidak digunakan lagi.
Menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk menghantar Ayat Suci Al-Quran  ke tempat yang telah dibangunkan.
Saya bersama saudara EN. RAHMAT , Individu yang bertanggungjawab menubuhkan pusat tersebut untuk menyelesaikan masalah pembuangan Ayat Suci Al-Quran ke tempat yang tidak sepatutnya.


SEGALA KEMUSYKILAN DAN PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS KE :
PERCETAKAN SAUFI

55, LORONG HJ. HUSSEIN SATU,
OFF JALAN RAJA MUDA
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.

03-2693 3049 (pejabat) 03-2693 3051 (faks)


EN.KHAIRUL AIZAT RAHMAT : 010-3086776 / 017-3085773

SELAMATKAN AL-QURAN 1 ... Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.


Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.