22 Jun, 2011

MENYINGKAP TIRAI ... Isra' dan Mi'raj

Pada malam Isra’ & Mikraj, Rasululah diekori oleh Jin Ifrit yang bertujuan untuk membakar baginda dengan obor api di tangannya. Jibrail telah mengajar kalimah sakti ini dan Rasulullah s.a.w. membacanya, lalu Jin Ifrit itu tersungkur ke tanah dan terbakar oleh obornya sendiri.
Oleh itu doa ini amat sesuai untuk dibaca bagi mengusir jin / iblis / syaitan yang cuba mengganggu kita dan keluarga kita.



DOA MENGHANCURKAN JIN IFRIT 

LANGIT VS BUMI ... alkisah satu ceritera

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”