24 Julai, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

Rasanya inilah kali pertama my SON pandu kereta dan kami sebagai penumpang. Rasa gementar ada, takut pun ada, tapi semuanya OK dan sampai rumah jam 6.00 petang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memperkenankan doa kami agar selamat pergi dan selamat kembali. 
Diriwayatkan daripada Jabir r.a: 
" Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."
(Al-Bukhari)

JALAN-JALAN ... makan angin 3

Dah puas kat rumah sedara-mara, maka berangkatlah pulang ke rumah di Bee Pee.
Waktu balik ke Bee Pee, di Highway PG kenderaan mula banyak, agaknya nak ke Bandaraya Jay Bee.
Di Highway PG, nasib tak berapa baik kena follow lori angkut sampah. Tapi kejap je ... driver tekan pedal minyak. Faham-faham je la.
Susur keluar ke HIGHway Kempas
Highway Kempas, relaks je pemanduan hari ini.
Bayar TOL kat Highway Kempas ... RM2.10. MAHAL TUUUUU!!!!!
Tak boleh ke KERAJAAN NAJIB mansuhkan tol ni. Tempat lain boleh, kenapa kat sini tak boleh? Ada KONSIPIRASI kot?
Tungggggguuuuuuuu .... PRU13, tau la nasib ko orang.
Kena lagi tol, ni kat AYER HITAM. Bayar RM 9.10 lagi. Memang MAHAL.
MANSUHKAN TOL INI....WAHAI KERAJAAN NAJIB DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT TERMISKIN.
NAK TUNGGU PRU13 ?
TUNGGGGGUUUUUU LAH, kita tengok sama-sama.
Jalan sesak di Ayer Hitam, biasa lah hari AHAD.
1. ' Jamak ' maksudnya ialah menghimpunkan. 
    ' Takdim ' pula maksudnya mendahulukan. 
    Manakala ' Ta'khir ' memberi maksud menangguhkan.
2. Sembahyang fardhu yang dibenarkan untuk dijamakkan adalah :
    i.  Zohor dengan Asar
    ii. Maghrib dengan Isya'
3. Jamak Takdim ialah mengerjakan sembahyang Zohor dan 

    sembahyang Asar pada waktu Zohor. 
    Caranya ialah dengan dikerjakan sembahyang Zohor dua rakaat 
    dan setelah memberi salam diiringi pula dengan sembahyang Asar 
    dua rakaat juga.
4. Jamak Takdim bagi sembahyang Maghrib dan Isya' pula adalah 

    dengan dikerjakan sembahyang Isya' pada waktu Maghrib. 
    Caranya ialah sembahyang Maghrib tiga rakaat 
    (seperti biasa kerana ia tidak boleh diqasarkan) 
    dan setelah memberi salam diiringi dengan sembahyang Isya' 
    dua rakaat.
5. Jamak Ta'khir pula ialah dengan mengerjakan sembahyang Zohor 

    dan Asar pada waktu Asar dan sembahyang Maghrib dan 
    Isya' pada waktu Isya'. Cara mengerjakannya ialah dengan dilakukan 
    sembahyang Zohor kemudian diiringi dengan Asar demikian juga 
    dengan sembahyang Maghrib dan Isya'. 

JALAN-JALAN ... makan angin 2

Ke rumah anak sedara yang baru pindah RUMAH BARU , alamatnya tak tahu, main redah je. Akhirnya sampai jugak dan dapat makan tengah hari. MEMANG SERONOK dapat rumah baru. 
Eh!!! baru ingat, Jalan Seluang .... nombornya tak tahu. Asalkan sampai dah kira OK lah tu.
Depan rumah anak sedara , Jalan Seluang berapa ya? Tak ingat la. Sorry la.
Seronok dapat berkumpul ... citer-citer tentang masa depan. Agakkkknyerrrr....
Dari Anas bin Malik r.a katanya :
Biasanya nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak ta'khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang Zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanannya).
( HR Bukhari & Muslim )

JALAN-JALAN ... makan angin 1

Satu family ke Pasir Gudang, JOHOR mengunjungi sedara-mara yang dah lama tak menjenguk mereka. Rindu rasanya.
Highway PLUS  lengang ... pemanduan yang berhemah walaupun lengang.

Seronok memandu bila highway kosong tiada kenderaan .... memandu tetap berhemah
takut dengan TEROPONG HAD LAJU !!!!

Highway Pasir Gudang pun sama .... tak banyak kenderaan, relaks memandu.

Dah nak sampai kat  rumah sedara-mara ... sekejap lagi.

Dah sampai pun .... Jalan Mawar Putih 


Perjalanan anda hari ini, AHAD 24 Julai 2011.... jika ada kongsilah sama-sama.
JOM !!!! cerita sikit.