26 September, 2012

RENUNGAN MALAM .... redha menerima musibah

1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.

3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.

4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

RENUNGAN MALAM ..... redha dengan takdir-NYA

Kita menyangka musibah yang melanda, 
menyeksakan diri kita
Tapi kita akan rasa musibah itu indah, bila kita mula rapat dengan rasa bahagia.. 
Bersangka baik pada Allah Ta'ala

RENUNGAN MALAM .... belajar jaga hati orang

"Berbaik sangka itu termasuk di dalam ibadah yang bagus"
-Riwayat Imam Abu Daud.

RENUNGAN MALAM .... tandanya 'alim

Bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

               1) Jujur dalam berkata-kata.
               2) Menjauhi segala yang haram.
               3) Merendahkan diri.

RENUNGAN MALAM ....anak di riba

Sunnah yang mudah 

Sunnah ini bukan sahaja dapat diamalkan ke atas anak sendiri bahkan kepada anak-anak orang lain juga seperti anak-anak adik-beradik, anak-anak jiran, anak-anak kawan dll. Ia juga boleh dibaca kepada golongan yang masih dikategori sebagai kanak-kanak, bermaksud bukan bayi sahaja.
>>> Bacaan di dalam foto ini adalah untuk kanak-kanak lelaki, manakala untuk kanak-kanak perempuan pula adalah seperti berikut;

اللَّهُمَّ ارْحَمْهَا، فَإِنِّيْ أَرْحَمُهَا

Selamat Beramal
Dari Ustazah Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya


RENUNGAN MALAM .... anak yang dianugerahi

Renungkanlah...

Anak adalah anugerah...
Anak adalah amanah...
Anak juga ujian dari ALLAH...

kerana mereka adalah harta yang paling indah dan berharga bagi Ibubapa....di dunia dan di akhirat.