24 Jun, 2011

RIAK ... PEMUSNAH PAHALA




Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka." 
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.)." "Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t. Mereka berhenti di hariban Allah s.w.t. dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
Diambil dari :- akh iman akhir

CITA RASA JAWA ... nasi ambeng dan gandus

Makanan yang bercita-rasakan masakan orang Jawa memang terkenal dengan keenakan dan kelazatannya. Sudah tentu ianya NASI AMBENG dan GANDUS. Nasi ambeng kebiasaannya dihidangkan dalam majlis kenduri doa selamat atau ketika ada majlis tertentu yang kebanyakannya di kampuing-kampung. Makanan ini terkenal pada orang JAWA yang masih mengekalkan tradisi ini sehingga kini. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan dan kemesraan jelas terjalin ketika makan bersama-sama (empat orang satu hidangan).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
" Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya."
Pelbagai lauk disediakan dalam hidangan nasi ambeng.
Nasi yang sedikit dan lauk-lauk pauk yang banyak.
Gandus yang dihidangkan untuk sarapan pagi. Diperbuat daripada
tepung gandum dan kelapa.

HARI USAHAWAN MUDA ... Latihan berniaga

Rasa bangga terhadap anak didik yang begitu bersungguh-sungguh menjadi peniaga kecil @ usahawan muda dengan menjual pelbagai barangan makanan dan minuman. 

Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya."


Pengajaran hadith di atas :
i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.