22 September, 2012

SISIPAN MALAM .... bersyukurlah


Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT.

Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai.

Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.

SISIPAN MALAM .... ingat selalu kepada-NYA


Kadang-kadang kita LALAI dalam menjaga hubungan kita denganNya..
Sebab itu kita sentiasa LEMAH, kerana tiada pertolongan dariNya..
Wahai diri..
Keluarlah dari kepompong DOSA..

Dan isilah KEKOSONGAN HATI mu itu dengan CINTANYA.

SISIPAN MALAM .... beriman dan bertaqwa

<> Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas.

<> Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah. 

<> Seorang ahli hikmah berkata Contoh orang yang beramal dengan riyaa' atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: "Alangkah banyaknya wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak ada pahalanya di akirat kelak.

<> Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.

<> Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

TITIPAN MINDA .... sangka baik

Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.. Bersangka baiklah sentiasa kepadaNya..

LAMBAIAN SENJA ..... ke mana kita akhirnya?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Apa nak dibangga pada wajah
Apa nak diriak pada gagah
Kuat atau lemah
Buruk atau indah
Itu semua pinjaman dari ALLAH SWT

Wahai teman sedarlah
Bongkak mana pun kita melangkah
Hebat mana pun tutur dan petah
Hakikatnya kita hanya insan yang lemah
Jangan buat ALLAH SWT marah
Kerana balasannya kita tak betah
Sedar dan ingat-ingatlah
Kita semua bakal jenazah
Yang akan hancur dimamah tanah

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

♥ ﷲ ♥

BINGKISAN PAGI SABTU .... kasihnya ibu

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..

"Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' 
[HR Bukhari & Muslim]

BINGKISAN PAGI SABTU .... untuk ibu tersayang

ibu ibu hamil mesti suka bila si comel bergerak-gerak di dalam

BINGKISAN PAGI SABTU .... berdoalah

Kadang-kadang kita bersungguh-sungguh berdoa. Sudah berbulan-bulan kita berdoa, malah ada yang sampai setahun, namun masih belum juga Allah kabulkan. Janganlah gusar, Allah yang Maha Bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk makbulkan doa kita. Boleh jadi Allah tangguhkan kerana :

1. Kita belum bersedia
2. Jika diberi akan mendatangkan mudarat kepada kita
3. Dalam pada berdoa itu juga, kita pastikan senarai di bawah ini agar semuanya tip-top. 

Adakah semasa berdoa kita :
• Benar-benar ikhlas?
• Tidak tergesa-gesa?
• Fahami apa yang dipohon?

*sedikit perkongsian daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin

CATATAN ILMU PAGI SABTU .... ibu Oh! ibu


<>Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

<>Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

<>Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

<>Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

<>Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

JELMAAN PAGI SABTU .... fikir2kan yang terbaik

<> Kalimah maaruf merangkumi semua kebaikan sama ada melakukan ibadah atau meninggalkan perbuatan buruk.

<> Setiap perkara baik yang dilakukan oleh seseorang akan diberi pahala.