13 November, 2011

:: BERUBAH JADI YANG LEBIH BAIK ::

Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berUBAH daripada keburukan kepada keBAIKan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau masing-masing pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka akan RUGIlah bagi orang yang melakukan sedemikian.
<< TIPS 1 >>

<< TIPS 2 >>

<< TIPS 3 >>


<< TIPS 4 >>


<< TIPS 5 >>
JADILAH MANUSIA YANG TERBAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
agar disayangi
dihormati
disanjung
diikuti
...................................

BAIK untuk MINDA ? >> TIDAK kepada Rokok

Kepada penggemar ROKOK, bayang-bayangkanlah apa kan jadi pada tahun-tahun akan datang jika kita terus menerus menghisap ROKOK. Nak suruh berhenti TIDAKlah, tetapi fikir-fikirkanlah tentang diri sendiri dan orang di sekeliling kita yang terbabit menyedut asap rokok anda !!!
Sumber Lanjut : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BERHENTIMEROKOK.php
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas yang boleh menyebabkan banyak penyakit berkaitan otak seperti ALZHEIMER dan yang paling membahayakan lagi adalah STROK.

BAIK untuk MINDA ? >> Rehat jika kurang Sihat

Anda tidak boleh terlalu memaksa minda anda untuk bekerja kuat sekiranya tubuh badan anda tidak sihat. Biasanya jika badan anda tidak sihat, minda pun akan menjadi lemah untuk berfikir. Perbuatan suka melakukan kerja yang banyak berfikir semasa tidak sihat adalah tidak bagus. Ini kerana minda anda juga perlu berehat jika tubuh badan tidak sihat.

BAIK untuk MINDA ? >> Udara SEGAR

Di kesempatan pagi Ahad yang senggang tanpa bebanan kerja, jari jemari terasa nak menaip tentang 4 perkara yang boleh dikongsi bersama pembaca blog, iaitu :
OKSIGEN adalah sangat penting kepada otak manusia kerana otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh badan kita. Jika berlaku pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak. Carilah tempat yang boleh memberikan anda ketenangan untuk mendapatkan udara yang segar.
UDARA bersih membuat organ-organ tubuh boleh berinteraksi dengan baik sehingga tubuh menjadi segar dan sehat. Tak hairanlah  bila udara bersih menjadi keperluan setiap orang du dunia ini.

PAGI AHAD <> Rutin Sebagai Insan Yang Bertanggungjawab

Ke Pasar Tani - mencari lauk-pauk sebagai bekalan selama 1 minggu ke hadapan.
<> Sayura-sayuran
<> Ikan
<> Makanan kering
<> Kuih-muih
Sedikit pedoman bagi semua orang yang pergi ke pasar :
<<>> Jika membeli TAUGE 
> Apa khasiatnya :
1. Tauge mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.
2. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
3. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
PERCAYA @ TIDAK terpulanglah kepada kita untuk mencari hasilnya. 
CUBA dan CUBA , apakah hasilnya. 




Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
CUBA !!! JANGAN TAK CUBA ...