ASMA UL-HUSNA: Makna & Kegunaannya
Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Ya Allah
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. Ya Rahman - Maha Pemurah
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. Ya Rahim - Maha Penyayang
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. Ya Malik - Maha Merajai/Pemerintah
Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. Ya Quddus - Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain.
6. Ya Salam - Maha Penyelamat
Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. Ya Mukmin - Maha Pengaman
Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, Insya Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. Ya Muhaimin - Maha Pelindung/Penjaga
Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. Ya 'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, Insya Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. Ya Jabbar - Maha Pemaksa
Apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.