25 Mei, 2012

SAHABAT .... cara memilihnya

Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat. Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang berakal:
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya:
Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3. Orang yang soleh:
Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia:
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya:
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Tiada ulasan: