27 Oktober, 2011

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 2

MENERUSKAN PERJALANAN ke pekan LABIS untuk singgah sebentar di Masjid Jamek Labis dan shoot beberapa gambar untuk dijadikan contoh dalam projek pembesaran masjid Sabak Uni.
Menara masjid di Labis.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Bertanya anda tentang solat sunat tahiyatul masjid, maka dijawab: Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.



DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلى ركعتين


Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat".

NIAT :

أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.

Tiada ulasan: