K E R A T KUKU
Sabtu:
NESCAYA keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Ahad:
NESCAYA keluar kekayaan masuk kemiskinan
Isnin:
NESCAYA keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Selasa:
NESCAYA keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Rabu:
NESCAYA keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Khamis:
NESCAYA keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Jumaat:
NESCAYA keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
OLEH ITU, keratlah kuku jangan tak kerat. Kerat bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar.Seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah, bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Apa-apa pun sungguh mudah untuk berbuat pahala, cuma amalkan panduan yang semudah ini, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hambanya. Jadi, mari kita amalkan bersama-sama.Moga-moga bertambah-tambah amalan yang baik untuk bekalan di akhirat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan