"Siksaan neraka itu
dilipatgandakan lagi dengan
air mendidih yang sangat panas.
Jika setitis daripadanya jatuh ke bumi, maka akan cairlah dunia keseluruhannya..."
Al-Ghashiyah seperti yang dinamakan merupakan perkataan yang disebutkan dalam ayat pertama, bermaksud peristiwa yang dahsyat. Al-Ghashiyah juga merupakan salah satu nama kiamat. Surah ini kerap dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada rakaat kedua solat Raya dan solat Jumaat. Isi kandungan surah ini menerangkan tentang keadaan orang kafir pada hari kiamat dan azab yang disediakan. Surah ini juga turut menyelitkan tentang keadaan syurga yang disediakan untuk mereka yang taat pada perintah-Nya. Akhirnya surah ini menjelaskan tentang perutusan Rasulullah s.a.w. sebagai pemberi peringatan, bukannya seorang yang berkuasa memberikan taufik dan hidayah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan