08 Julai, 2011

BERZANJI .... semakin terpinggir


PERSOALAN :Apakah hukumnya membaca berzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan bid’ah dan ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah.

Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa bacaan berzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam disebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab berzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (sirah nabawiyah) selain daripada pujian-pujian bagi rasul junmjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup rasulullah yang mana percaya kepada rasul salah satu rukun iman. Orang Islam hendaklah mengetahui rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca berzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan, oleh itu membaca berzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah rasulullah SAW itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:” sesungguhnya Allah dan para malaikat mengucap selawat atas nabi wahai orang-orang yang beriman hendaklah selawat dan salam ke atasnya.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka
Tarikh Diisu : 1985

Tiada ulasan: