16 Jun, 2011

PERJALANAN UMRAH 2011/3

3 JUN 2011 sekitar jam 8.00 pagi kami melakukan ziarah luar ke Masjid Quba' dan Kebun Kurma serta Jabal Uhud. Sungguh terpesona dengan keindahan Masjid Quba' (Masjid Pertama yang didirikan oleh Junjungan Nabi Muhammad saw). Begitu lemah rasanye kerana kita tidak dapat bersama-sama Junjungan Nabi Muhammad saw membina masjid tersebut. 



Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.
Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
SEBAGAI RENUNGAN : Sejarah Masjid Quba'
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
KELEBIHAN MASJID QUBA'
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis."

  Mengenai masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
 "Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan      
  diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.
Mimbar Masjid Quba' semuanya daripada batu marmar kilat dan bersinar-sinar dan berpeluang solat Tahiiyatul Masjid di sebelahnya. 
Isteri berdoa ketika melangkah kaki di laman Masjid Nabawi
Selesai lawatan ke Masjid Quba', kami menuju ke lokasi perburuan di Kebun Kurma sekitar Madinah Al-Munawwarah.Terasa senjata yang kami bawa tidak mencukupi untuk memburu di Kebun Kurma.
Isteri bawa satu beg .... hasil perburuan di Kebun Kurma

Saya dapat 2 beg hasil perburuan .... memang tak puas rasanya berburu di sini
Selesai berburu di Kebun Kurma, kami meneruskan langkah menuju ke Jabal Uhud yang terkenal dalam lipatan sejarah dengan PERANG UHUD.Jabal Uhud yang terletak sekitar 5km dari Kota Madinah ini merupakan lokasi di mana berlakunya peperangan Uhud pada 15 Syawal 3 Hijrah.


Kecintaan kepada Uhud lebih mendalam lagi ketika kita mengenang sejarah Perang Uhud itu sendiri,bagaimana kegigihan RASULULLAH SAW beserta para pengikutnya menegakkan agama Islam,mudah-mudahan ini semua akan menambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan cinta kepada RASULnya..



Para syuhada' bersemadi dengan penuh keredhaan demi menegakkan agama Islam


Berdiri di Bukit Pemanah tanpa busar panah seperti yang ada pada zaman Rasulullah


Perjalanan Umrah 3 Slideshow: SMARTRADZ’s trip to Parit Raja (near Yong Peng), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Yong Peng slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Tiada ulasan: