13 LARANGAN IHRAM
Selepas berniat ihram umrah, jemaah mestilah memelihara diri mereka dari melakukan 13 larangan ihram. Jika gagal, mereka dikira meninggalkan wajib umrah lalu diwajibkan pula membayar dam dengan syaratnya.
Larangan ihram itu ialah:
Menutup kepala atau sebahagiannya bagi lelaki.
Menutup muka bagi wanita.
Memakai sarung tangan bagi lelaki dan wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dan badan.
Memotong kuku.
Memburu binatang buruan.
Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok di Tanah Haram sama ada dalam ihram atau tidak.
Melakukan pendahuluan persetubuhan
Jimak (bersetubuh).
Melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)
Larangan ihram ini berakhir sejurus selepas jemaah menggunting rambutnya atau bercukur bagi jemaah lelaki. Maka, terhasillah tahallul umrah dan jemaah kembali dalam keadaan halal dari larangan ihram itu sehingga mereka berniat ihram umrah yang baru.
Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah katanya: “Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”.
Bersama isteri tercinta di bawah payung Masjid Nabawi |
Bersama kenalan baru dari Iraq |
Di pasar pagi selepas Solat Subuh |
Berada betul-betul di bawah ambin tempat Imam berdiri mengimamkan solat , bermakna saya berada di RAUDAH... |
Ahli rombongan UMRAH akan bertolak ke Mekah |
Berhenti rehat di perjalanan, solat Jamak Takdim Maghrib dan Isyak |
Indah, menawan, cantik, bersih itulah yang dapat dikatakan untuk Masjid Bir Ali |
Tiba di Mekah jam 9.30 malam dan menginap di Al Gali Royal Hotel. Melakukan UMRAH bermula jam 10.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan