Kegiatan tabarruk (meminta barakah) sebagaimana sering dilakukan oleh kaum muslimin adalah tidak bertentangan dengan aqidah Islam, bahkan merupakan sunnah dan sering dilakukan oleh ummat muslimin yang bertauhid dan berakidah yang lurus, sebagaimana dalam :
30 November, 2011
TABARRUK >>> Persoalan dan Persepsi
Label:
Cari Ilmu
BERTABARRUK >>> Dengan peluh dan kulit Nabi SAW
Kita melihat bagaimana para sahabat mengamalkan bertabarruk dengan peluh dan bersentuhan dengan kulit Nabi SAW.
Daripada Thumamah, daripada Anas r.a meriwayatkan, bahawa Ummu Sulaim pernah membentang sehelai tikar daripada kulit untuk Nabi SAW. Maka baginda tidur (qailulah) di atas tikar itu. Anas r.a berkata: Ketika Nabi SAW tidur, Ummu Sulaim mengambil sebahagian daripada peluh dan rambut Baginda SAW, lalu mengumpulnya di dalam sebuah botol kaca. Kemudian Ummu Sulaim mencampurkannya pula dengan minyak wangi yang lain, sedangkan Nabi SAW masih tidur. Thumamah berkata: Semasa Anas ibn Malik hampir wafat, dia mewasiatkan kepada saya supaya mencampurkan sedikit wangian tersebut dengan hanutnya (wangian untuk orang mati agar tidak cepat rosak). Dia berkata, "Maka wangian itu pun dicampurkan ke dalam hanutnya. (riwayat Bukhari dalam Bab Al-Isti'zan)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami, lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Bondaku datang membawa sebuah botol kaca lalu meraut peluh Rasulullah SAW masuk ke dalamnya. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kami campurkan dengan minyak wangi kami, dan ia merupakan minyak wangi yang paling harum!"
Daripada riwayat-riwayat di atas dan riwayat-riwayat lain yang seumpamanya, dapat diambil kesimpulan bahawa Nabi SAW mengetahui apa yang dilakukan oleh Ummu Sulaim dan baginda SAW membenarkannya.
Tidak ada pertentangan di antara apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim bahawa ia mengumpulkan peluh Nabi SAW sebagai campuran minyak wanginya dengan katanya bahawa dia mengumpulkannya untuk mengambil berkat.
Bahkan, diandaikan bahawa dia melakukannya untuk kedua-dua tujuan tersebut sekaligus. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 11:2)

BICARA SUBUH >>> Allah Beri Peringatan
3 lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.
“Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.
Sumber daripada HM
Label:
NASIHAT
29 November, 2011
MENGINGATI ALLAH >>> Sesaat pun Jangan Lupa
(HR at-Tabrani)
<<>> Bersyukur adalah satu tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.<<>> Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T kerana terlalu besar nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Oleh itu sebagai tanda bersyukur kepada Allah kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepada-Nya serta meletakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
<<>> Budaya bersyukur hendaklah disuburkan dalam masyarakat di mana rakyat hendaklah disedarkan supaya menghargai keamanan dan kemakmuran negara, tidak lupa daratan sehingga menyalahgunakan kemewahan untuk pembaziran, melakukan maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana pada diri, keluarga dan masyarakat. Semua ini menunjukkan tanda kufur terhadap nikmat Allah S.W.T dan kesudahannya ia akan menjerumuskan masyarakat dan negara kepada kerosakan dan kehancuran.
<<>>Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula adalah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah, bukan semata-mata untuk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya ia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.
Label:
NASIHAT
LUAS REZEKI >>> Kurniaan Allah SWT
(HR At-Tabrani)
<<>> Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.<<>> Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
<<>> Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
Label:
NASIHAT
28 November, 2011
SATU HATI >>> Mampukah kita melakukannya?
Oleh HASSAN AHMAD
Ada orang yang mengatakan bahawa matlamat gagasan Satu Malaysia ialah membina “negara satu bangsa Malaysia”. Setahu saya, matlamat itu tidak pernah disebut secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, yang mencetuskan gagasan Satu Malaysia.
Sering kali juga kita mendengar orang menggunakan istilah lain, iaitu “negara-bangsa Malaysia” untuk merujuk konsep yang sama, iaitu negara “satu bangsa Malaysia”.
Konsep negara-bangsa (nation-state) wujud daripada sejarah politik nasionalisme Barat sejak akhir abad ke-18. Konsep ini merujuk kesatuan sosiopolitik-legalistik yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja. Yang dimaksudkan dengan “bangsa” ialah bangsa kulit putih Eropah atau bangsa Caucasus.
Konsep ini tidak sama maksudnya dengan ras atau suku kaum dari segi takrif sosiobudaya atau takrif antropologi. Sesuatu “bangsa” itu belum dapat dianggap sebagai nation jikalau bangsa itu belum mempunyai “negeri” atau negara.
____________________________
Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

FIKIR-FIKIRLAH >>> sebelum berkata-kata
Jauhi Perdebatan Walaupun Dipihak Yang Benar,
Tinggalkan Dusta Walaupun Bergurau,
Dan Perindahkan Akhlak, Ganjarannya Syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya. Para sahabat bertanya lagi, wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah ialah orang yang takbur.
<< HR at-Tirmidzi>>
<> Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
<> Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
<> Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
Label:
NASIHAT
27 November, 2011
BERSIN >>> Ada Adab-adab Yang Perlu Diikuti
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
“Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak.”
(Sahih Muslim)
Label:
NASIHAT
UCAPAN YANG DIPINTA >>> kesejahteraan dipohon
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

26 November, 2011
PELUANG KEEMASAN >>> Merebut Kelebihan Bulan Muharam
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

SALAM MAAL HIJRAH >>> Setiap Perubahan Menuntut Suatu Penghijrahan
Dalam hidup, setiap hari kita pasti diberi pilihan untuk membawa suatu bentuk perubahan. Lumrah manusia, kita cenderung memilih jalan yang lebih mudah dan singkat, meskipun ganjarannya mungkin tidak seberapa. Sempena hari yang penuh keberkatan dan kebesaran, marilah kita sama-sama mengajak diri dan keluarga, kenalan dan taulan, sahabat handai yang jauh dan dekat untuk menebalkan iltizam, mengukuhkan tekad dan bersama-sama berhijrah kepada kebaikan ... kerana hidup lebih bermakna apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Label:
NASIHAT
TAHUN BARU >>> Semangat Baru
Rick Warren dalam bukunya "The Purpose Driven Life" menuliskan: "Kehidupan memang seharusnya sulit & kesulitan itulah yang memungkinkan kita bertumbuh (berusaha untuk berjaya).. ingat, bumi bukanlah syurga dan supaya kita tidak menjadi SOMBONG, kita diberi suatu PENGHALANG untuk membuat kita tetap ingat akan KETERBATASAN kita..
Justeru, kata-kata, usaha, tekad, azam dan matlamat adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan bukan merosakkan atau meruntuhkannya...Semoga Kita berjaya dunia dan akhirat

25 November, 2011
AWAL MUHARAM >>> Doa dan Pengertiannya
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali di saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah waktu asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah s.w.t yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah s.w.t.
Maksud Doa Akhir Tahun :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali di saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah s.w.t. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.Maksud Doa Awal Tahun :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

JUMAAT >>> Agungnya Namamu
Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w.
Antaranya sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”.
(Hadis riwayat Muslim)
Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Label:
Cari Ilmu
JUMAAT >>> PENGHULU SEGALA HARI
Mohonlah kepada Allah s.w.t., sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.
Daripada Anas b.Malik ra. Nabi saw. bersabda :
"Tuntutlah oleh kamu satu waktu yang diharapkan pada hari Jumaat, kemudian daripada Asar sampai lenyap matahari." (HR at-Tirmidzi)
Label:
NASIHAT
24 November, 2011
RIBA >>> Fakta Yang Realiti
Allah Melaknat Orang Yang Makan Riba
Pengajaran Hadis:
i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.
ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.
iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ˜az ziadah' (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.
iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal) al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.
v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.
vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.
vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya."
(HR Ahmad dan Abu Daud)

HUTANG >>> Katakan TIDAK Pada Hutang
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah."
(HR Muslim dan Imam Ahmad)
Pengajaran hadith:
ii)Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu kepentingan itu merupakan keperluan yang mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
iii) Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecilmana pun ia dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah dengan orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya
iv) Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T .
Label:
NASIHAT
23 November, 2011
HUTANG >>> Galakkan KEKUFURAN
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
" Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari. "
(HR al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w, :
Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!.
Berkata para sahabat :
Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.
Sabda baginda :
Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.
(HR Muslim)
Label:
NASIHAT
22 November, 2011
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga VS Kasih Ayah Berkorban Nyawa
Rasulullah s.a.w. menganggap menderhaka kepada orang tua DOSA BESAR selepas syirik.
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
(Surah al-Israk ayat 23-24).
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?
Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda:
Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.
(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar.
Baginda bersabda yang bermaksud:
“Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.”
(Riwayat Muslim)
Label:
Cari Ilmu
MENANGIS >>> Takut Pada Allah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;
1) seorang pemimpin yang adil.
2) seorang pemuda yang tumbuh dalam [ketaatan] beribadah kepada Allah Ta’ala.
3) seorang lelaki yang hatinya terpaut ke masjid.
4) dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya.
5) seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan kerkedudukan dan cantik (untuk berzina) akan tetapi dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’.
6) seorang yang bersedekah secara sembunyi-sumbunyi sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7) seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).”
(HR. Bukhari [629] dan Muslim [1031])

LAMBAIAN KAABAH >>> Akan Datang Lagi 1433H
Padang Arafah mencatat peristiwa
Pertemuan Adam dan Hawa
Setelah berpisah 40 tahun lamanya
Angkara iblis dan syaitan durjana
Adam dicipta dari tanah
Hawa pula dari tulang rusuknya
Ditiupkan ruh supaya sempurna
Itulah asal kejadian manusia
Adam dan Hawa insan bertaqwa
Hidup bersama tinggal di syurga
Segala rahmat Allah memberi
Segala nikmat Allah disyukuri
Iblis dan syaitan merasa iri
Menggoda Hawa setiap hari
Termakan Hawa khuldi larangan
Allah melihat dengan kemungkaran
Adam dan Hawa terpisah
Hukuman Allah tidak dapat disanggah
Tercampak mereka ke dunia
Menangis keduanya menyesali diri
Bertahun lamanya mereka mencari
Mengharap dan menenti agar berjumpa
Kasihannya Hawa tiada pembela
Adam merintih hatinya sepi
Pintu taubat masih terbuka
Doa mereka dikabulkanNya
Bertemu akhirnya Adam dan Hawa
Di Padang Arafah detik bermula..
Label:
Cari Ilmu
11 JENIS MANUSIA >>> Di mana kita?
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
•✿> Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
•✿> Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
•✿> Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
•✿> Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
•✿> Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
•✿> Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
•✿> Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
•✿> Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
•✿> Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
•✿> Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

21 November, 2011
BICARA PAGI >>> Sesuatu yang kita sukai ada .....
BERSABARLAH dengan musibah yang menimpa, disebalik musibah itu ada kebahagian yang tidak kita ketahui.
Label:
NASIHAT
20 November, 2011
MENYEBARKAN ILMU YANG BAIK <> Kelebihannya
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.”

(Ibnu Majah)
Banyak kelebihan yang dikurniakan kepada orang yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan berguna. Ini kerana usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. Orang yang mengajar ilmu kepada orang lain bilamana orang yang diajar itu mengamalkannya, dia juga akan diberi ganjaran pahala tanpa mengurangkan pahala pengamalnya.
Label:
NASIHAT
UNDUR SEBELUM MAJU >>> Batal kerja 9 jam
Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain.
Tugas guru istimewa, berbeza: Muhyiddin
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.
- Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Tugas guru istimewa, berbeza: Muhyiddin
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.
PERSOALANNYA :
Kemungkinannya jika kerja 9 jam ada kebaikannya, di mana silapnya kita tidak akan tahu jika tidak dicuba dahulu. Inilah yang dikatakan dalam peribahas : "ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG"
Label:
humor
WANITA <> Cabaran Masa Kini
Sememangnya cabaran wanita masa kini terlalu tinggi dan sukar diatasi jika tidak kerana IMAN dan PEGANGAN yang kuat dalam agama. Wanita itu sendiri yang mesti pandai memilih jalan yang sebaiknya untuk mendepangi pelbagai cabaran yang kebanyakannya menjurus ke lembah kehinaan. Jadi, jangan tersilap langkah ketika berhadapan dengan cabaran yang mendatang.
Label:
NASIHAT
19 November, 2011
SELAWAT TAFRIJIAH @ SELAWAT KAMILAH <> Ada Kelebihannya
Fadilat berselawat
1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.
Label:
doa
DOA <> Mohon Sejahtera Dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat kelak serta peliharalah kami dari seksaan api neraka."
Label:
doa
18 November, 2011
DOA NABI ADAM <> Amalan berdoa...
"Daripada Jabir bin Abdullah daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:"Hari Jumaat itu ada dua belas masa, tidaklah mendapati seseorang Muslim yang memohon sesuatu kepada Allah Azzawajalla, melainkan Allah akan memberikan kepadanya, maka carilah saat itu pada akhir sesudah asar."
(HR. Abu Daud)
Oleh itu marilah sama-sama kita cari masa tersebut terutamanya selepas waktu Asar. Banyakkan berdoa pada waktu itu. Salah satu doa yang boleh diamalkan ialah doa Nabi Adam a.s. dalam Surah Al-Araf ayat 23.
Label:
doa
Langgan:
Catatan (Atom)