Antaranya sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”.
(Hadis riwayat Muslim)
Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan