12 Oktober, 2011

PANDUAN MENCATAT NOTA

Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa Perlu Membuat Nota ?

1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.

5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.

6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Nota daripada buku teks

Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.

Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:

1. Membantu pelajar memahami pelajaran

2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan

3. Dapat melatih berfikir dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota

Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:

1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.

3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]

What [Apa]


Why [kenapa]

When [bila]

Where [di mana]

How [bagaimana]

4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.


5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca

Contoh-Contoh Nota
Peta Minda
Carta
Grafik

Tiada ulasan: