SEHEBAT-HEBAT Anda, ada orang yang lebih hebat daripada Anda. Sepandai-pandai Anda, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada Anda. Sebodoh-bodoh Anda, ada orang yang lebih bodoh daripada Anda. Sesusah-susah Anda, ada orang yang lagi susah daripada Anda, cuma Anda saja lum jumpa. Pengajaran dari situasi ini adalah: 1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain. 2. Sesusah-susah Anda, sebodoh-bodoh Anda (jika Anda merasa Anda kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari Anda. Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain. Jika Anda merasa hidup Anda susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada Anda, cuma Anda belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup Anda yang sedia ada sekarang ni. Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka. Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka. Jangan terlalu bangga denagn kedudukan Anda sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang anda ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang Anda dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama Anda berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah. Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita. |
Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://www.imotivasi.net/lihat atas lihat bawah. Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya JIKA ianya menyinggung mana-mana pihak. |
12 Oktober, 2011
LIHAT ATAS : LIHAT BAWAH
Label:
muhasabah diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan