SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa, tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. Berikut disenaraikan beberapa cadangan yang merupai langkah yang sepatutnya para pelajar lakukan sewaktu belajar. Ianya juga merupakan persediaan belajar setiap hari untuk sepanjang tahun.
Semak dan sekiranya anda belum mempunyai perancangan ini sila rancangkan segera. Para ibu bapa juga boleh membantu anak-anak dalam merangka perancangan ini. Bagai ibu bapa perancangan ini merupakan salah satu senarai atau "checklist" untuk membuat pemantuan anak-anak.
Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang pelajar dalam rancangan belajar setiap hari.
1. Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)
Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA, PELAJARAN, TOPIK
Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum 2.00 ptg. bagi hari sekolah. Atau sebelum 7.00 pg. pada hari cuti.
JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.
Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat. Contoh 2.30 ptg – 3.30ptg.
Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk atau topik dan disertai dengan muka surat dan nombor soalan yang ingin dibuat. Contoh: Matematik, (pelajaran), operasi tambah (topik), ms. 34 soalan 1 –15.
Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini.
2. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.
Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.
Ianya membantu pemahaman dan dapat mengingat satu-satu topik dengan lebih cepat.
Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat peneangan cara untuk membuat peta minda ini. Diseini disediakan contoh membuat peta konsep.
Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.
Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta , huraian ringkas dan juga gambar.
Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.
Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.
3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE)
Ianya merupakan satu analisis atau rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Tujuannya ialah mencatat dan mengenalpasti topik-topik dan juga bahagian-bahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu.
Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru, membuat latihan lanjutan dan sebagainya.
Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN , TOPIK, ISI / HURAIAN , TOPIK/BAHAGIAN YANG TIDAK DIFAHAMI , & TINDAKAN.
Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju ke arah kecemerlangan.
JOM !!! Kita lakukan sekarang juga.
SEMOGA BERJAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan