12 Ogos, 2011

Ciri-ciri pelajar gagal

1. Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh 
    utama kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum 
    tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai 
    idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam 
    bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang 
    menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar 
    hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam 
      bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang  
      lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan 
      mendatangkan masalah di sekolah dan luar 
      sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti  
      melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, 
      terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha 
      untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi 
      berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, 
      guru dan rakan-rakan untuk belajar. 
      Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar 
      seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan 
      dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan 
      sebagai gedung untuk mencari dan 
      menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, 
      fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. 
      Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan 
      wang mereka untuk membeli majalah-majalah 
      hiburan atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua 
      dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja 
      yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku 
      sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu 
      menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Tiada ulasan: