31 Mei, 2011

PERSIAPAN TERAKHIR ... Trip UMRAH

Nukilan rasa 1 :
Saya dan isteri sibuk mengemas barang keperluan untuk menunaikan UMRAH pada 1 JUN 2011 hingga 13 JUN 2011. Terasa panggilan KAABAH begitu sayu di benak hati dan perasaan. Jam 6.30 pagi esok InsyaAllah kami bersama 30 orang jemaah lagi akan bersama-sama bertolak dari Masjid Sabak Uni menaiki bas menuju ke KLIA. Mungkin check in jam 11.30 pagi dan terbang terus ke MADINAH jam 3.00 petang. Doakan kami selamat pergi dan balik ke tanah air semula. Ini adalah kali pertama buat diri saya ke Tanah Suci dan isteri adalah kali kedua kerana tahun lepas isteri bersama ibu menunaikan haji. Alhamdulillah segala doa yang dipohon dimakbulkan Allah SWT agar kami sentiasa terpanggil untuk ke tanah suci. InsyaAllah kami akan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran kami di tanah suci sebagai hamba yang dambakan keredhaan dan kerahmatan ALLAH SWT. Mudah-mudahan termakbul harapan kami di sana. Selama 13 hari saya rasa tidak update blog Travelog3 ilmu iman amal kerana semestinya saya akan menumpukan sepenuhnya dengan aktiviti yang telah diatur oleh pihak pakej travel. JUMPA LAGI.

DUNIA SEKARANG ...Apa dah jadi ?


Wanita berjubah kebas duit : Kejahilan itu datangnya daripada dalam diri seseorang yang tidak mahu mencari keredhaan Allah SWT. 
Wahai wanita jadilah suri yang membawa kepada kerukunan rumahtangga. Jadilah ibu yang menjadi perisai kepada anak-anak titipan ALLAH SWT. 
RENUNGAN :
Saidatina Khadijah Binti Khuwalid

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”.

[HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

TARIF BARU ELEKTRIK JUN 2011


Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.
Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJIMAT CERMAT MENGGUNAKAN ELEKTRIK.

30 Mei, 2011

EKSKLUSIF: Al-Quran digital banyak kesilapan




Perisian dibawa masuk dari China

KUALA LUMPUR: Banyak perisian al-Quran digital termasuk dalam telefon bimbit, komputer tablet dan pen pintar yang dijual di negara ini dikesan mempunyai pelbagai kesilapan yang boleh menjejaskan pemahaman umat Islam yang menggunakannya. 
AMARAN : BERWASPADA APABILA HENDAK MEMBELI PERALATAN TERSEBUT. BUAT RUJUKAN DENGAN PIHAK YANG BERKENAAN SEBELUM MEMBELI PERALATAN BERKENAAN AGAR TIDAK TERTIPU SEUMUR HIDUP.

Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/05/30

JALAN-JALAN CARI MAKAN .... malam

Bersama-sama kakak dari Singapura jalan-jalan cari makan di Warung Pak Tam yang memang terkenal dengan Kuey Teow Goreng Kerang.

Isteri bersama anak saudara dari Singapura, Shira.

Kak Encah memilih makanan yang digemari, Kuey Teow Goreng.

29 Mei, 2011

MeNJAmu seLEra...di rumah

Rasanya menunggu 1 JUN 2001 terlalu lama rasanya. hati dan perasaan sudah terpahat di bumi mEKAH DAN mADinah. sESUNGGUHNYA penantian itu satu siksaan bagi sesiapa yang sudah merasainya. TUNGGU kedatangan kami berdua wahai BUMI Ternama.

Kami berdua akan bertolak menunaikan UMRAh pada 1 Jun 2011, dikesempatan ini kami mengadakan majlis kecil-kecilan di rumah bersama jiran tetangga berbual mesra menjamu selera dengan juadah  YONG TAU FU Halalan Toyyiba...


Tetamu yang ku jemput dapat hadir bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Rasa begitu seronok bila melihat mereka sama-sama merasa juadah yang disediakan.
Aku bersama isteri tersayangggg .... rasa hilang penat bila melihat tetamu datang ke rumah.
Kak Encah dari Singapura sama-sama turut hadir.
Anak jiran yang cute mute....
Anak saudara dari Singapura, Shira.
Anak Ibu yang selalu tolong kemas.
Anak lelaki aku, Angah baru selesai Matrikulasi.
Anak tauke Yong Tau Fu, Zakuan namanya.

Pasangan sejoli yang akan bertolak ke Tanah Suci pada 1 JUN 2011

28 Mei, 2011

JAMRAT DULU vs KINI

Cuba bayangkan betapa siksanya ketika itu untuk melontar di jamrah.....hanya Allah jua yang amat Mengetahui


Kuasa Allah ... betapa mudahnya kita melontar di 3 jamrah sekarang ini. Inilah nikmat yang Allah limpahkan kepada hambaNya yang beriman.


Tiada kenderaan selain berjalan kaki ... inilah yang dikatakan umat Nabi Muhammad s.a.w. umat yang kuat, gagah, tabah, cekal, dan sebagainya demi melunaskan janji Rukun Islam yang ke-5. Subhanallah.....


Indah sungguh .... siapa sangka akan terjadinya seperti itu .... ini semua KUASA ALLAH S.W.T. Kita sebagai hambaNya semestinya sentiasa taat dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Astaghfirullah ......

tONton OnLinE ... mesti tonton


LAtiHaN meLOnTar JamrAH

MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.
DOA DI JAMRATUL 'AQABAH
اللَّهُمَّ تَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُورًا ، وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا.


Sebenarnya bukan senang untuk melakukan aktiviti melontar jamrah. Pada malam 27 Mei 2011 saya bersama isteri berkesempatan menghadiri kelas bimbingan haji di rumah Tuan Haji Amin Mesran yang memang terkenal sebagai seorang ustaz serba boleh. Kami ditunjukkan cara bagaimana memulakan aktiviti melontar :


1. Latihan memungut anak batu : Para jemaah disarankan memungut sebanyak 70 biji anak batu 
Isteri saya Hjh.Zaleha sibuk membantu para jemaah wanita memilih anak batu dalam suasana kegelapan ....  nasib baik bawa lampu suluh. Jadi bila di Muzdalifah nanti jemaah disarankan bawa lampu suluh.
Jemaah lelaki juga sibuk memilih anak batu untuk digunakan semasa melontar di  3 jamrah nanti
Nasib baik ada lampu suluh .... nampak jugak anak batu, kalau tak bapak batu le mereka pungut untuk melontar di 3 jamrah nanti.
2.  Latihan berjalan kaki : kononnya daripada khemah di Mina menuju ke Jamrah sejauh lebih  kurang 3 km
Ustaz Haji Amin memberi penerangan ketika para jemaah menuju ke Jamrah
3.  Latihan berdoa : sebelum itu jemaah diajar cara-cara bertalbiah menuju ke Jamrah, membaca doa untuk melontar, berdoa semasa melontar dan doa selepas melontar.
Para jemaah wanita tekun membaca doa sebelum melontar
Baca doa berulang-ulang sebelum melontar agar lebih ummp lagi ... makbul dan diterima oleh Allah swt.


Doa di Jamrah

Doa terus dibaca sehingga selesai sebelum melakukan aktiviti melontar
4.  Aktiviti melontar : Para jemaah memulakan aktiviti melontar sambil membaca doa semasa melontar.
Melontar 21 anak batu di 3 jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

JOM...semak arah KIBLAT jam 5.16 petang 28 Mei 2011

CaRA menentukan arah kiblat

JaMadIL aKHIr ... akan berlalu

Apakah amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ini ?. 
Adakah ianya mencapai KPI yang kita tetapkan sebagai hamba di muka bumi ini ?
Sedarkah kita Jamadil Akhir akan melabuhkan tirainya ?
Sebagai renungan untuk para pembaca, saya turunkan sedikit sebanyak coretan sebagai pengubat kepada kealpaan kita selama ini.


PEngERTian
Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Jamadil Akhir

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

Fadhilat

          Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

          Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

          Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Sumber : 
Oleh Bahagian Buhuth dan Fatwa, Jabatan Mufti Melaka

26 Mei, 2011

rENunG-reNUNgkan ....

Adakah ini menandakan dunia semakin menghampiri garisan penamat?
Apakah bekalan dan persediaan kita semasa hidup di dunia?
Siapakah yang akan membimbingkan ahli keluarga kita?
Di manakah kita akan melarikan diri ketika saat-saat kemusnahan tiba?
Berapakah  jumlah bekalan yang kita simpan untuk hari kemudian?
Bagaimanakah kita menghadapi saat-saat perbicaraan amalan kita di dunia?

PERSOALANNYA .... jika ada jawapannya sila kongsi dalam ULASAN
 Wassalam

TINTA UMRAH 2 ... Menyediakan peralatan asas

Diantara peralatan-peralatan asas yang perlu ada ketika berada di Tanah Suci (sama ada dibawa dari tanahair atau pun didapatkan di sana) ialah :


1. Bagi lelaki, dicadangkan menyediakan perkara-perkara berikut :





25 Mei, 2011

TINTA UMRAH 1 ... Teori dan Amali




Kami berdua akan menunaikan UMRAH pada 1 JUN 2011.
Kami telah mengikuti kelas pengajian UMRAH selama 2 hari iaitu pada 15 dan 22 Mei 2011 bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Sebelumnya kami berdua telah pun menghadiri kursus haji selama 2 tahun. InsyaAllah akan kami lalui dengan penuh kejujuran dan merendah diri.
Segala persiapan dan kelengkapan telah kami pastikan secukupnya agar di Tanah Suci nanti kami dapat melakukan pekerjaan UMRAH dengan sempurna agar memperoleh UMRAH yang MABRUR.
INGAT : Pergi mengerjakan umrah tidak sama dengan melancong. Oleh itu hendaklah belajar ilmu umrah. Tidak cukup dengan hanya baca buku dan tonton CD Umrah, MESTI BELAJAR dengan guru yang bertauliah menjadi pembimbing haji dan umrah. 

1MALAYSIA ... cuti tambah 1 hari lagi



Begitulah ironisnya MALAYSIA
Begitu peka dengan situasi yang melanda
RAYA dan MERDEKA menjadi satu kebanggaan
Dua-duanya mesti CUTI
Tidak boleh disatukan mesti diPISAHkan
Alangkah seronoknya bagi rakyat yang MALAS
Alangkah sedihnya bagi rakyat yang RAJIN dan TEGAS
Mana satu yang MESTI diturut
SERONOK ... jadilah rakyat 1MALAYSIA
SEDIH ... jadilah rakyat 2MALAYSIA

MEMPERKASA IBADAH SOLAT


FIRMAN Allah SWT: “Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat.” (Surah Al Muddathir: 42-43), “Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat, barang siapa meninggalkan solat, maka ia benar kafir.” (Abu Daud, At-Tirmizi dan Nasai)

Beberapa hadis pula disebut menggambarkan betapa solat penting bagi individu bergelar Muslim. Solat juga bukan sekadar kewajipan tetapi sangat penting bagi membentuk peribadi dan jiwa positif umat Islam.

Yang nyata, ia bukan sekadar ibadat biasa kerana setiap pergerakan mengandungi berjuta manfaat dan kebaikan kepada manusia.
Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu menghindar penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan pelbagai penyakit fizikal lain.
Pun begitu, masih ramai tidak tahu dan benar-benar menghayati setiap solat dikerjakan. Paling menyedihkan, masih ada individu tidak tahu mengerjakan solat, malah individu yang tahu bersolat tetapi sengaja meninggalkan ibadat itu juga kian bertambah.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

23 Mei, 2011

Hidup Biar Allah Sayang: Panduan Umrah – 27 – Beberapa Kesalahan Jemaah Semasa Tawaf

Hidup Biar Allah Sayang: Panduan Umrah – 27 – Beberapa Kesalahan Jemaah Semasa Tawaf

PEDOMAN ... renungan bagi yang hidup


SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN
Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
  1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
  2.  Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
  3.  Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.
  4.  Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
  5.  Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"


    Sumber : Al-Azim.com

sYaHDu ... perginya menuju alam baqa'

SYAHDU...jenazah tujuh korban tanah runtuh disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat.
Kita sebagai insan yang masih diberi peluang hidup di muka bumi ini, hendaknya sentiasa bermuhasabah diri sama ada kita berada di landasan yang benar atau salah menuju ke alam akhirat.


SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
“Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.
“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.” 
Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin. 

22 Mei, 2011

KRONOLOGI tanah runtuh...HULU LANGAT


Al Fatihah .... Untuk Mangsa Tanah Runtuh Slideshow: SMARTRADZ’s trip from Yong Peng, Johor, Malaysia to HULU LANGAT (near Ampang) was created by TripAdvisor. See another Ampang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

al FATIHAH .... untuk mangsa tanah runtuh

Semoga mereka yang terkorban mendapat perlindungan dan kerahmatan daripada Allah SWT.


PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan. - Foto Zulfadhli Zulkifli

May 22, 2011 8:03 am



21 Mei, 2011

MALANG TAK BERBAU ... tanah runtuh

PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online (berita lanjut)

May 21, 2011 4:29 pm


PERGERAKAN tanah kelihatan ketika hujan lebat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali

May 21, 2011 8:15 pm


KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali