28 Mei, 2011

LAtiHaN meLOnTar JamrAH

MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.
DOA DI JAMRATUL 'AQABAH
اللَّهُمَّ تَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُورًا ، وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا.


Sebenarnya bukan senang untuk melakukan aktiviti melontar jamrah. Pada malam 27 Mei 2011 saya bersama isteri berkesempatan menghadiri kelas bimbingan haji di rumah Tuan Haji Amin Mesran yang memang terkenal sebagai seorang ustaz serba boleh. Kami ditunjukkan cara bagaimana memulakan aktiviti melontar :


1. Latihan memungut anak batu : Para jemaah disarankan memungut sebanyak 70 biji anak batu 
Isteri saya Hjh.Zaleha sibuk membantu para jemaah wanita memilih anak batu dalam suasana kegelapan ....  nasib baik bawa lampu suluh. Jadi bila di Muzdalifah nanti jemaah disarankan bawa lampu suluh.
Jemaah lelaki juga sibuk memilih anak batu untuk digunakan semasa melontar di  3 jamrah nanti
Nasib baik ada lampu suluh .... nampak jugak anak batu, kalau tak bapak batu le mereka pungut untuk melontar di 3 jamrah nanti.
2.  Latihan berjalan kaki : kononnya daripada khemah di Mina menuju ke Jamrah sejauh lebih  kurang 3 km
Ustaz Haji Amin memberi penerangan ketika para jemaah menuju ke Jamrah
3.  Latihan berdoa : sebelum itu jemaah diajar cara-cara bertalbiah menuju ke Jamrah, membaca doa untuk melontar, berdoa semasa melontar dan doa selepas melontar.
Para jemaah wanita tekun membaca doa sebelum melontar
Baca doa berulang-ulang sebelum melontar agar lebih ummp lagi ... makbul dan diterima oleh Allah swt.


Doa di Jamrah

Doa terus dibaca sehingga selesai sebelum melakukan aktiviti melontar
4.  Aktiviti melontar : Para jemaah memulakan aktiviti melontar sambil membaca doa semasa melontar.
Melontar 21 anak batu di 3 jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Tiada ulasan: