31 Mei, 2011

PERSIAPAN TERAKHIR ... Trip UMRAH

Nukilan rasa 1 :
Saya dan isteri sibuk mengemas barang keperluan untuk menunaikan UMRAH pada 1 JUN 2011 hingga 13 JUN 2011. Terasa panggilan KAABAH begitu sayu di benak hati dan perasaan. Jam 6.30 pagi esok InsyaAllah kami bersama 30 orang jemaah lagi akan bersama-sama bertolak dari Masjid Sabak Uni menaiki bas menuju ke KLIA. Mungkin check in jam 11.30 pagi dan terbang terus ke MADINAH jam 3.00 petang. Doakan kami selamat pergi dan balik ke tanah air semula. Ini adalah kali pertama buat diri saya ke Tanah Suci dan isteri adalah kali kedua kerana tahun lepas isteri bersama ibu menunaikan haji. Alhamdulillah segala doa yang dipohon dimakbulkan Allah SWT agar kami sentiasa terpanggil untuk ke tanah suci. InsyaAllah kami akan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran kami di tanah suci sebagai hamba yang dambakan keredhaan dan kerahmatan ALLAH SWT. Mudah-mudahan termakbul harapan kami di sana. Selama 13 hari saya rasa tidak update blog Travelog3 ilmu iman amal kerana semestinya saya akan menumpukan sepenuhnya dengan aktiviti yang telah diatur oleh pihak pakej travel. JUMPA LAGI.

Tiada ulasan: