02 Disember, 2011

IBU oh!!! IBU <> Ku dengari nasihat mu

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : 
" Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
(HR al-Hakim)

<<>> Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.


<<>> Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

<<>> Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

<<>> Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

<<>> Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

01 Disember, 2011

HARI 'ASYURA >>> Punya Banyak Kelebihan

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. 

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : 
Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. 
(HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

30 November, 2011

TABARRUK >>> Persoalan dan Persepsi

Kegiatan tabarruk (meminta barakah) sebagaimana sering dilakukan oleh kaum muslimin adalah tidak bertentangan dengan aqidah Islam, bahkan merupakan sunnah dan sering dilakukan oleh ummat muslimin yang bertauhid dan berakidah yang lurus, sebagaimana dalam : 

BERTABARRUK >>> Dengan peluh dan kulit Nabi SAW

Kita melihat bagaimana para sahabat mengamalkan bertabarruk dengan peluh dan bersentuhan dengan kulit Nabi SAW.

Daripada Thumamah, daripada Anas r.a meriwayatkan, bahawa Ummu Sulaim pernah membentang sehelai tikar daripada kulit untuk Nabi SAW. Maka baginda tidur (qailulah) di atas tikar itu. Anas r.a berkata: Ketika Nabi SAW tidur, Ummu Sulaim mengambil sebahagian daripada peluh dan rambut Baginda SAW, lalu mengumpulnya di dalam sebuah botol kaca. Kemudian Ummu Sulaim mencampurkannya pula dengan minyak wangi yang lain, sedangkan Nabi SAW masih tidur. Thumamah berkata: Semasa Anas ibn Malik hampir wafat, dia mewasiatkan kepada saya supaya mencampurkan sedikit wangian tersebut dengan hanutnya (wangian untuk orang mati agar tidak cepat rosak). Dia berkata, "Maka wangian itu pun dicampurkan ke dalam hanutnya. (riwayat Bukhari dalam Bab Al-Isti'zan)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami, lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Bondaku datang membawa sebuah botol kaca lalu meraut peluh Rasulullah SAW masuk ke dalamnya. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kami campurkan dengan minyak wangi kami, dan ia merupakan minyak wangi yang paling harum!"

Daripada riwayat-riwayat di atas dan riwayat-riwayat lain yang seumpamanya, dapat diambil kesimpulan bahawa Nabi SAW mengetahui apa yang dilakukan oleh Ummu Sulaim dan baginda SAW membenarkannya.

Tidak ada pertentangan di antara apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim bahawa ia mengumpulkan peluh Nabi SAW sebagai campuran minyak wanginya dengan katanya bahawa dia mengumpulkannya untuk mengambil berkat.

Bahkan, diandaikan bahawa dia melakukannya untuk kedua-dua tujuan tersebut sekaligus. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 11:2)

BICARA SUBUH >>> Allah Beri Peringatan

3 lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.
“Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.
Sumber daripada HM