28 Julai, 2011

MALU untuk Menjauhi Majlis Ilmu

Malu yang dianjurkan adalah malu melarikan diri daripada majlis ilmu. Ini sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Ibn Hajar menjelaskan bahawa lelaki kedua itu malu untuk pergi meninggalkan majlis ilmu seperti yang dilakukan oleh rakannya yang ketiga. Akibatnya, Allah malu terhadapnya iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya.Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu.

Adakah anda seperti lelaki keTIGA?
Adakah anda seperti lelaki keDUA?
Adakah anda seperti lelaki PERTAMA?
JOM!!! Pilih yang mana SATU.

TERLUPA ...Muhasabah Diri Ini

JANGAN sekali-kali kita terlupa bahawa kita pernah berAKU JANJI dengan-NYA.
Kita pernah "MENANDATANGANI" satu kontrak dengan-NYA.
Itulah kesaksian TAUHID.
Jika kita selalu ingat "AKU JANJI" dan "KONTRAK" yang pernah ditandatangani dulu, maka perjalanan kita mencari keREDHAan Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada pasang surutnya.

27 Julai, 2011

PERIKSA AMALAN ... Bertemu ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata: Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya."

(HR Ibnu Majah)

1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka 
    menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika 
    kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-
    mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan 
    diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk 
    mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya 
    bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi 
    satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang 
    melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu 
    ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin 
    diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, 
    mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan 
    yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. 
    Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya 
    itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-7


8. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
  • Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
  • Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
  • Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Sifat manusia memang suka MENUNJUK-NUNJUK kepada orang lain.
Selalulah BERSYUKUR dengan apa yang kita ada, insyaAllah diri kita akan terpelihara daripada sifat tersebut.

PERIKSA AMALAN ... Langit Ke-6


7. Bakhil (kedekut)
  • Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
  • Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. 
  • Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
Sifat BAKHIL  tidak patut ada dalam diri kita.
Jadilah manusia yang PEMURAH.
InsyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat.