" Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata: Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya."
(HR Ibnu Majah)
1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka
menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika
kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-
mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan
2. Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan
diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk
mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya
bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi
3. Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi
satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang
melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu
ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin
diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak,
mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan
yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik.
Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya
itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan