19 Julai, 2011

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 2

2.  Mendirikan Solat
Solat mengajar individu Muslim banyak perkara :
1.  Berdisiplin.
2.  Membina konsentrasi.
3.  Membersihkan diri.
4.  Menjauhkan segala kemungkaran dan keburukan.
Solat sememangnya terbukti melalui ilmu psikologi sebagai salah satu cara paling utama untuk menenangkan fikiran dan memperoleh ketenteraman. Semasa solat fikiran hanya ditumpukan kepada satu perkara sahaja iaitu Allah dan kebesaranNya dan akan memberi kesan yang POSITIF terhadap perubahan gelombang otak manusia.

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 1

Antara langkah yang perlu diambil oleh seseorang muslim dalam menghadapi rintangan dan dugaan hidup ialah dengan :
1.  BERSABAR
         Umat Islam sering diingatkan tentang ketabahan Rasulullah S.A.W. dalam menghadapi tekanan dan rintangan hidup dan diberikan penekanan supaya mencontohinya.Sesungguhnya terdapat banyak kelebihan bagi sifat sabar ini. Allah berfirman yang bermaksid :
" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mencapai kemenangan."
(Surah Ali 'Imran 3 : 200)

18 Julai, 2011

PELIK tapi BENAR

Kembara Mahkota Johor 
Macam serupa, cuba perhatikan wanita berbunga manggar tu. SETIA sungguh dia orang hinggakan mencari persamaan walau di mana jua. Anda bagaimana, pernah mengikuti rombongan Kembara Mahkota Johor? Memang banyak perkara pelik berlaku jika kita benar-benar mengamatinya. Cuba cerita sikit kat ULASAN.

17 Julai, 2011

NISFU SYAABAN ... hadir di masjid Sabak Uni

Ramai sungguh jemaah pada malam Nisfu Syaaban. Agaknya setelah diwar-warkan melalui hebahan hari Jumaat dan poster di masjid. Itulah sebabnya mereka dapat datang dengan membawa pelbagai juadah. Alhamdulillah. Semoga hati-hati mereka bertambah kasih akan masjid ini. 
Pak Imam Hj.Amin memberi taklimat perjalanan majlis.
Antara juadah malam Nisfu Syaaban....JAGUNG BREBUS... sedaaapppppp
Ini paling GEGARRRRR ... nasi ambeng ayam engkong
 ..... Saudara Jahid yang bawa. 
Macam mana dengan majlis Nisfu Syaaban di tempat anda? Boleh kongsi sama, cuba citerrr ckit.....

FADHILAT ... Nisfu Syaaban




Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih. (seratus kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).