19 Julai, 2011

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 2

2.  Mendirikan Solat
Solat mengajar individu Muslim banyak perkara :
1.  Berdisiplin.
2.  Membina konsentrasi.
3.  Membersihkan diri.
4.  Menjauhkan segala kemungkaran dan keburukan.
Solat sememangnya terbukti melalui ilmu psikologi sebagai salah satu cara paling utama untuk menenangkan fikiran dan memperoleh ketenteraman. Semasa solat fikiran hanya ditumpukan kepada satu perkara sahaja iaitu Allah dan kebesaranNya dan akan memberi kesan yang POSITIF terhadap perubahan gelombang otak manusia.

Tiada ulasan: