Kembara Mahkota Johor
Macam serupa, cuba perhatikan wanita berbunga manggar tu. SETIA sungguh dia orang hinggakan mencari persamaan walau di mana jua. Anda bagaimana, pernah mengikuti rombongan Kembara Mahkota Johor? Memang banyak perkara pelik berlaku jika kita benar-benar mengamatinya. Cuba cerita sikit kat ULASAN.
18 Julai, 2011
17 Julai, 2011
NISFU SYAABAN ... hadir di masjid Sabak Uni
Ramai sungguh jemaah pada malam Nisfu Syaaban. Agaknya setelah diwar-warkan melalui hebahan hari Jumaat dan poster di masjid. Itulah sebabnya mereka dapat datang dengan membawa pelbagai juadah. Alhamdulillah. Semoga hati-hati mereka bertambah kasih akan masjid ini.
Macam mana dengan majlis Nisfu Syaaban di tempat anda? Boleh kongsi sama, cuba citerrr ckit.....
![]() |
| Pak Imam Hj.Amin memberi taklimat perjalanan majlis. |
![]() |
| Antara juadah malam Nisfu Syaaban....JAGUNG BREBUS... sedaaapppppp |
![]() |
| Ini paling GEGARRRRR ... nasi ambeng ayam engkong ..... Saudara Jahid yang bawa. |
Label:
Cari Ilmu
FADHILAT ... Nisfu Syaaban
Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
- Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
- Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
- Membaca al-Quran.
- Membaca Tasbih. (seratus kali)
- Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
- Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Label:
Cari Ilmu
16 Julai, 2011
ANGKARA LIDAH
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata aku berpuasa.3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.
Label:
muhasabah diri
15 Julai, 2011
7 CERITERA tentang MATA
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% hingga 95% baktera yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam masa 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari cara menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibandingkan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapakajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari proses menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan paras stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
6. Mewujudkan komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mewujudkan sebuah komuniti. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya kepada teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan dorongan dan semangat, dan perkara ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

sumber : updet-tekno.blogspot.com
Label:
muhasabah diri
Langgan:
Catatan (Atom)