2. Membunuh bakteria
Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% hingga 95% baktera yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam masa 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari cara menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibandingkan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapakajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari proses menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan paras stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
6. Mewujudkan komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mewujudkan sebuah komuniti. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya kepada teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan dorongan dan semangat, dan perkara ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
sumber : updet-tekno.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan