25 Oktober, 2011

DHUHA >>> Bicara Kemusykilan

PERSOALAN 1 :
Saya telah pun mencuba dan terus menjadi amalan melakukan sembahyang sunat dhuha,tetapi apa yang saya rasa confuse ialah tentang surah yang sepatutnye baca dalam rakaat pertama dan kedua.Adakah 'ada surah yang wajib' dibaca atau tak kisah apa-apa surah pun...Sekarang ni saya hanya baca surah yang saya tahu saje,ikut panduan buku agama tetapi apabila saya membaca buku yang lain pulak ,dia ada nyatakan surah surah Ayatul Kursi tetapi perlu membaca 11 kali....Kenapa?

PERSOALAN 2 :
Saya pernah terlewat melakukan sembahyang dhuha , lagi 5 minit pukul 12 tengah hari...,lalu saya teruskan juga.....
Apa yang saya ingin pastikan hingga pukul berapa sembahyang dhuha ini masih lagi boleh dilakukan...?


SOLUSI :
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12 tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


1. Demi waktu dhuha, 
2. dan malam apabila ia sunyi-sepi -
3. (bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.
6. Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7. dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
8. dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
9. oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya,
10. adapun orang Yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah Engkau tengking herdik;
11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Jawapan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS

Tiada ulasan: